Si iblis dan guli celakanya

'Si Iblis dan guli celakanya'
Karya : Akyem Samad

Hujan masih renyai-renyai membasahi bumi. Jam pula semakin hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Belum sempat Razli memenjamkan matanya, bunyi lantunan guli tiba-tiba menerjah telinganya.

“Adik, janganlah main guli malam-malam. Tahulah abang baru beli congkak plastik dekat Mydin tadi. Esok-esok pun boleh main. Urghh..!!” jerit Razli dari dalam biliknya.

Entah mengapa malam itu, seakan dia sukar tidur. Dicapainya telefon bimbit Nokia 3310 X-Perment, dia membelek-belek Facebook mencari bahan untuk menambahkan kelat mata.

Sambil menguap, ibu jarinya terus menolak skrin telefonnya ke atas ke bawah dan pergerakan ibu jarinya terhenti pada satu post popular yang dikongsi oleh rakan-rakan Facebooknya, Fiksyen Shasha.

Kisah yang terpampang pada perkongsian itu adalah mengenai gangguan makhluk halus di sebuah rumah pusaka. Dikatakan, makhluk halus itu mengganas kerana tuannya enggan melepaskannya.

“Pelik, biasanya bukan ke hantu mengganas kalau tak ada waris yang baru? Ini cerita hantu nak lari daripada tuannya? Hahaha..” Razli tertawa sendiri.

Kriokkkk.. pintu bilik ditolak.

“Abang,” sapa adiknya.

“Ya, adik. Kenapa?” sahut Razli.

“Ni adik ada bawakan ubat.”

“Eh, kenapa adik bawa ubat pula?”

“Habis tadi abang ketawa sorang-sorang. Biasanya orang gila je ketawa sorang-sorang.”

“Amboi, gurau kasar nampak.” Razli cuba mencapai bantal dan ingin memukul adiknya tetapi .....

Tiada sesiapa di situ.

“Bila masa adik aku keluar?” soal hatinya.

Dia memanggil, "Adik..!!"

Tiada balasan jawapan daripada adiknya. Dia bingkas bangkit dari katil dan keluar dari biliknya.

Terasa seperti ada sesuatu yang melekit dipijaknya. Dia tergamam, "Ini darah..!!"

Ada seekor ular sawa berwarna hitam sedang membelit dan menelan adiknya. Separuh badan adiknya perlahan-lahan disedut-sedut sang ular sawa hitam itu. Hanya tinggal tangan yang terkapai.

Pelbagai persoalan yang timbul. Razli panik..!! Apa yang akan dijawab kepada ibu bapanya? Apa yang perlu dia lakukan??

Mujur otaknya terdetik tentang pisau. Dia segera berlari ke dapur. Matanya fokus memandang pisau dan tanpa sekelip mata kau berubah, ular sawa hitam yang membaham adiknya itu elok menjalar di ruangan sinki tempat letaknya pisau yang ingin dicapainya itu.

“Kalau kau jin, iblis atau syaitan, baik kau keluar. Kalau tidak..”

Belum sempat Razli menghabiskan kata-kata,

“Kalau tidak apa, abang? Hahahahaha...!!” potong adiknya sambil mengilai dengan suara yang nyaring.

“Apa semua ni, adik?”

“Aku mahu berteman,” balas adiknya.

“Kau bukan adik aku. Siapa kau dalam badan adik aku?” Razli separuh menjerit bertanyakan soal itu.

Jasad yang berdiri di hadapannya itu tidak menjawab. Diam namun bau bangkai turut sama memenuhi ruangan rumah itu.

“Ya Allah, adakah ini mimpi atau aku benar-benar sedang diuji??” soal Razli kepada Tuhan.

“Berhentilah memohon kepada yang kau tidak nampak. Aku lebih berkuasa di sini..!!” balas adiknya dengan suara yang lebih garau.

Menitis air mata Razli. Dia terkongkong dalam keanehan, kepelikan yang sukar dijelaskan.

*****

Dalam pada itu, di luar masih hujan bertemankan angin ribut yang asyik bermain-main. Hampir separuh kaki seluar Zana basah dek terkena tempias hujan.

Greesszzz..!! Satu cahaya kilat melintas di sisinya.

"Uishh.. nasib baik tak kena aku," bicara Zana sambil mendongak sedikit ke langit.

Langkahnya diatur dengan penuh hati-hati dan sebaik sahaja melintasi perkarangan rumah Razli, dia berhenti sejak cuba mengamati apa yang dipertuturkan di awal pagi-pagi buta itu.

"Apahal dengan Razli ni, terjerit-jerit. Tengah projek dengan girlfriend ke apa. Baik aku pasang telinga. Mana tau ada yang boleh aku rakam, aku viralkan. Hihi.." Zana tergelak nakal.

Dia menghampiri rumah Razli. Dia menekup telinganya di tingkap rumah Razli dan Yana terdengar,

Razli berkata, "Aku tak suka dengan semua ni. Aku nak tamatkan..!!"

Zana memberanikan diri mencungkil sedikit tingkap rumah Razli. Cuba membukanya dengan harapan dapat mengintai apa yang berlaku. Sebaik sahaja tingkap itu terbuka sedikit,

Zana menekup mulutnya.

Dia tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Razli menjulang mata pisau ke bawah, bersedia untuk menikam manakala tangan kirinya, ganas menggenggam kepala adiknya.

Mahu atau tidak, Zana kuatkan diri untuk menjerit, mahu hentikan perbuatan kejam Razli.

"Razli, buka pintu ni. Apa yang cuba buat dekat budak tu??"

"Kau pergi..!!" jerit Razli dari dalam.

"Ini tak boleh jadi. Aku mesti kena panggil sesiapa. Kena hentikan tindakan Razli."

Zana segera mencapai payungnya yang dicampakkan ke tepi dan berlari mencari sesiapa yang ada berdekatan.

Ketika itu juga, Halim, salah seorang penduduk Kampung Keliar Jasu ada kebetulan sedang bekerja, bekerja di waktu malam, bekerja di saat orang sedang nyenyak tidur, apa lagi kalau bukan pecah rumah orang!

Zana yang ternampak Halim tanpa mengesyaki apa-apa segera mendapatkan Halim. Mendengar sahaja namanya dipanggil, berderau darah gilanya, dari mencanak sampai ke otak, merundum jatuh ke kaki.

Peluh dingin mengalir pantas, hinggakan tak boleh kenal mana peluh, mana titis hujan.

Cuba mengawal macho, "Ada apa kau panggil aku ni, Yana?"

"Aku baru balik dari kilang. Masa aku jalan depan Razli, aku dengar bising-bising. Aku cubalah intai. Masa aku intai, aku nampak Razli tengah pegang pisau dan macam nak bunuh seorang budak!"

"Mengarutlah kau ni. Hisap gam ke apa kau ni? Ambil ketum?"

"Bongoklah kau ni, Halim. Aku tak main-main. Cepatlah ikut aku," desak Zana.

Tiba di rumah Razli semula, semuanya gelap. Bagaikan lampu sudah dipadam.

"Senyap je. Tipulah kau ni, Zana," bentak Halim.

"Sumpah aku tak tipu!"

"Kau tepi sikit," pinta Halim.

"Kau nak buat apa?"

"Aku nak kopak pintu ni lah. Takkan nak baca jampi macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok pulak."

Zana diam, tekun memerhati ketangkasan kerja Halim. Pintu berjaya diumpil. Halim menolak perlahan-lahan pintu itu.

"Wow, TV LCD plasma 38 inci..!!" Halim seakan gembira.

"Kau tengok apa tu?" soal Zana.

"Eh, tak ada apa. Hehe.." balas Halim.

Sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah Razli, mereka terdengar ada lanjutan bunyi guli dan secara tiba-tiba, lampu di bahagian dapur menyala.

Ada suara orang seperti sedang mengerang di dapur. Halim dan Zana semakin berdebar-debar. Langkah pertama, melihat ada kaki terkulai. Langkah kedua, melihat badan yang terkulai. Langkah ketiga, terlihat ada seorang budak bertenggek di atas kepala Razli.

Psuhhhh.. Angin busuk menerpa ke muka mereka berdua.
Razli tiba-tiba membuka matanya. Dia tersengih memandang Halim dan Zana.

"Dia ni macam dah kena rasuk," ujar Halim.

"Kita nak buat apa?"

"Panggillah ustaz. Kalau tak ada, Assalamualaikum Ustazah pun boleh."

"Waktu-waktu macam ni pun nak bergurau? Eh, Halim.. dia bangunlah..!!"

Belum sempat tubuh Razli mendekati mereka berdua, Halim terus menumbuk muka Razli. Ditendangnya Razli bertalu-talu. Razli walaupun beberapa kali dia tersungkur, dia menyeringai seperti masih bertenaga.

"Teruk kau pukul dia ni, Halim."

"Habis, aku nak buat apa. Aku mana tahu nak baca apa-apa ayat nak lawan setan ni. Aku belasah je lah. Tu je yang aku pandai," Halim berterus-terang.

Zana menepuk dahinya.
.
.
.
.
(Bersambung)

Apa kata kongsikan cerita ini? Kalau ada dekat 100 pembaca nak follow kesinambungannya, saya akan teruskan. Komen #mohonsambung :-P

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA