Pawang Tok Assan

Bahagian 1 :

Petang itu, unggas bagaikan bisu. Dedaunan hijau melambai lemah walau angin kejam datang menyapa. Di jalan kampung yang berturap, hanya kedengaran langkah tapak kasutku yang berlaga dengan jalan. Sangat perlahan aku berjalan. Bayangan-bayangan memori menerpa ke akal fikirku. Aku senyum. Dan ada yang aku mengeluh. Aku terus melangkah, masih perlahan dengan langkah yang cuba menghirup kembali udara kampung. Sudah 5 tahun aku tinggalkan Kampung Sungai Batu ini. Rutin anak kampung yang menginjak dewasa.

Aku ke kota bersama sebuah impian. Impian yang mungkin digelakkan orang, impian yang mungkin dipuja orang, dan impian yang mungkin dikatakan oleh orang, "Itu tiada masa hadapan." Aku lepaskan rasa-rasa itu ke belakang. Bukan caraku menyimpan ayat-ayat yang tidak penting ke telinga. Biarkan.

Sampai di sebuah persimpangan, "Akyem Samad..!!" Ada suara yang menyapaku girang. Bunyinya seperti rindu tetapi yang malangnya, suara yang menyapa itu suara lelaki. Aduh. Putus harapanku untuk melihat bunga cantik di kampung.

"Lebai Mail..!! Amboi.. Bukan main gembira jerit nama saya. Rindulah tu," ujarku kepada Lebai Mail, insan pertama yang menegurku setelah 5 tahun aku pergi tinggalkan kampung.

"Ishh ... kau ni, Akyem Samad. Tak ada maknanya aku nak rindu dekat kau. Walaupun aku lebai duda yang paling kacak mengalahkan Aaron Aziz, kita ni sama-sama lelaki. Tak ada maknanya aku nak berperasaan begitu."

"Habis tu, macam seronok saja tengok saya balik ni?"

"Memanglah seronok. Kau kan ada berhutang dengan aku. Jadi, alang-alang kau dah balik ni, bolehlah kau bayar balik ya.

   Semalam aku baru berjumpa dengan Lebai Mail. Katanya, suasana Kampung Sungai Batu makin sunyi lepas anak Tok Assan hilang tiba-tiba. Aku hairan.

"Hilang tiba-tiba? Biar betul Lebai Mail ni. Dia tu kan tak ada siapa yang berani sentuh. Takkan boleh hilang," aku mula mengasak soalan.

Lebai Mail memintal lembut hujung misainya sambil menyedut isi kandungan Vape yang baru dibeli melalui Mudah.my. Lebai Mail merenung wajah aku dan dia bersuara, "Betul, Akyem Samad. Sejak kau tinggalkan kampung ni dan jadi pelakon dekat Kuala Lumpur sana tu, masuk kumpulan teater Ikabuana Stage Kuala Lumpur, berlakon cerita Pusaran Angin Songsang dan Kontradiksi Tolol tu, banyak hal misteri yang terjadi dekat kampung kita ni. Si Hambali tu, mesti kau kenal. Lepas dia keluar dari penjara, kes pecah rumah memang banyak kali terjadi balik. Semua orang kampung naik bengang."

"Hambali tak serik-serik ke? Celaka punya budak tu."

"Itulah apa yang orang kampung fikir dan katakan kepada dia tapi...."

"Tapi apa Lebai Mail?"

"Bukan dia yang buat. Aku sedih. Orang kampung jumpa Tok Assan, minta Tok Assan santau Hambali. Kasihan Hambali. Sampai sekarang jadi gila. Gilakan Rosmah Mansor. Sumpah aku sedih..!!"

Kelihatan airamata berlinang di mata Lebai Mail. Aku tergamam seketika. Memandang linangannya itu, aku tertanya-tanya, bukankah dia salah seorang rocker yang berjuang berhidup-hidup dalam kumpulan Malaikat Maut sewaktu dia muda dahulu? Aku simpan soalan itu ke tepi. Aku berlakon cuba bersimpati.



"Lebai Mail, ceritakanlah kepada saya. Apa lagi yang berlaku?"

Lebai Mail membetulkan kain pelekatnya yang hampir terlondeh itu. Dia sedikit mengesot ke belakang. Pangkin itu sudah membara panasnya.

"Orang kampung tuduh Hambali macam-macam. Orang kampung jumpa Tok Assan minta santaukan Hambali. Tapikan Akyem Samad, segalanya bermula ketika....."

***

Pagi itu, kelihatan Usop Wilcha menikmati KFC di sebuah perhentian kereta lembu usang. Malik dan Jai ketika itu masih kecil dan menolong ibunya berniaga jagung manis. Assan baru pulang dari gym dan menegur Mail.

"Mail, kau ada ID Beetalk Rogayah Markonih Isreena?" soal Assan.

"Ada. Tapi kau nak buat apa? Nak menyundal? Kau ingat sikit Assan. Dulu bekas janda aku pun kau kebas, sekarang kau nak cuba goda Rogayah Markonih Isreena? Jangan mimpilah," balas Mail dengan tegas.

"Ohh..begitu? Tak apa. Kau tunggu."

Assan berlalu meninggalkan Mail. Malam itu, di teratak 2.6 billionnya, Assan bersila di suatu sudut. Dibakar kemenyan, diasap ruang, disembur jampi. Sang pungguk bertepuk di dahan, sang babi menyondol mencari ubi. Assan memulakan kalimah mantera yang diterima di gua bunian.

"Ishkalana buki tunni marra marra heiyahu janna heiyahi lakka ukka mesra fi unki. Fuh..!!"

Assan mencelup jarinya ke geluk jampinya. Wajah Rogayah Markonih Isreena muncul dan satu bayang hitam di bahu Assan.

Dengan suara garau, "Izinkan aku berkhidmat untuk kau."

Semakin lama, bayang hitam itu semakin jelas memancarkan sinar nerakanya.

Assan memandang susuk hitam itu. "Berkhidmat untuk aku? Untuk apa kau meminta izin? Kau itu sememangnya makhluk suruhan aku. Apa yang aku nak, kau mesti buat walaupun sesuatu permintaan itu mustahil." Assan bersuara tenang.

"Tiada apa yang mustahil. Tiada apa yang gagal aku laksanakan. Selagi kau berbuat perjanjian dengan ikatan hitam, segalanya pasti akan termakbul. By the way, what's up? Tell me, dude," balas lembaga hitam itu.

"Aku ramal akan ada seorang lelaki bernama Akyem Samad. Dia seorang pelakon indie. Dia bakal menghancurkan kau, menghancurkan aku apabila dia kembali pulang ke Kampung Sungai Batu ini. Itu aku tidak risau. Yang paling aku risau, ada gadis-gadis, janda-janda jelita, Neelofa, Anzalna, Kilafairy, Lana Nordin, Nora Danish dan Maria Farida bakal terpikat dan bersama Akyem Samad. Hubungan mereka akan membuatkan ilmu-ilmu yang aku amalkan menjadi lemah. Aku mesti hapuskan dia tapi malangnya, aku tidak menemui siapakah dia. Dari manakah pertalian darahnya juga tidak aku temui."

"Selagi aku berdamping dengan kau. Akan aku cari dia untuk kau. Biar dia tertunduk menyembah melutut di hadapan kau."

Susuk tubuh hitam itu ghaib. Teratak 2.6 billion milik Assan seakan-akan bersinar indah, tetapi indah itu bersulamkan dosa.

3 tahun kemudian, Assan berkahwin dengan Miah. Dia dijodohkan dengan Miah kerana Miah berasal dari Tanah Jawa bertalian ilmu dengan pawang handal dari Indonesia.


Hasil daripada perkahwinan Assan dan Miah, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Nama diberi Remy, namun orang-orang kampung lebih gemar menggelarkannya dengan panggilan Ishak. Hal ini membuatkan Assan dan Miah menjadi marah lantas satu per satu, mana-mana manusia yang memanggil nama anak mereka dengan nama Ishak, akan meracaulah dia setiap malam sehingga hampir ke subuh sehinggalah orang itu menjadi sakit kurus, derita dan meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Ketika Ishak berusia .. maaf .. Ketika Remy berusia 21 tahun, dia merantau ke satu tempat. Ada yang mengata dia bertapa, ada yang mengatakan dia bekerja di sektor awam dan ada yang mengatakan dia bekerja dengan JAIS. Walau apa-apa pun hal yang sebenarnya, hanya Remy yang arif tentang dirinya dan setelah 15 tahun merantau,

Sebuah motor Honda C70 tanpa cermin sisi kanan diperlahankan. Kelihatan Lebai Mail merenung jauh ke arah seorang pemuda yang sedang berjalan kaki di jalan kampung itu.

"Assalamualaikum," Lebai Mail memulakan komunikasi.

"Waalaikumussalam," jawab pemuda itu.

"Kau ni anak Assan kan?"

"Iyalah, Lebai Mail. Takkan orang lain pula."

"Amboi kau, bukan main lagi sekarang, ya? Berjubah, berserban. Beli dekat Jakel ke? Dari mana nak ke mana ni?" soal Lebai Mail.

"Saya dari Petronas. Jumpa kawan saya, Amran. Bila nak balik je, motor Demak saya hilang. Saya tanya Amran, dia cakap motor Demak yang ada dekat Petronas tu dia punya. Dia baru beli waktu saya pergi tandas."

Hasil daripada perkahwinan Assan dan Miah, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Nama diberi Remy, namun orang-orang kampung lebih gemar menggelarkannya dengan panggilan Ishak. Hal ini membuatkan Assan dan Miah menjadi marah lantas satu per satu, mana-mana manusia yang memanggil nama anak mereka dengan nama Ishak, akan meracaulah dia setiap malam sehingga hampir ke subuh sehinggalah orang itu menjadi sakit kurus, derita dan meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Ketika Ishak berusia .. maaf .. Ketika Remy berusia 21 tahun, dia merantau ke satu tempat. Ada yang mengata dia bertapa, ada yang mengatakan dia bekerja di sektor awam dan ada yang mengatakan dia bekerja dengan JAIS. Walau apa-apa pun hal yang sebenarnya, hanya Remy yang arif tentang dirinya dan setelah 15 tahun merantau,

Sebuah motor Honda C70 tanpa cermin sisi kanan diperlahankan. Kelihatan Lebai Mail merenung jauh ke arah seorang pemuda yang sedang berjalan kaki di jalan kampung itu.

"Assalamualaikum," Lebai Mail memulakan komunikasi.

"Waalaikumussalam," jawab pemuda itu.

"Kau ni anak Assan kan?"

"Iyalah, Lebai Mail. Takkan orang lain pula."

"Amboi kau, bukan main lagi sekarang, ya? Berjubah, berserban. Beli dekat Jakel ke? Dari mana nak ke mana ni?" soal Lebai Mail.

"Saya dari Petronas. Jumpa kawan saya, Amran. Bila nak balik je, motor Demak saya hilang. Saya tanya Amran, dia cakap motor Demak yang ada dekat Petronas tu dia punya. Dia baru beli waktu saya pergi tandas."


Lebai Mail memandang muka Remy dan berkata, "Kau jangan berkawan dengan Amran. Dia ada 'membela'."

Wajah Lebai Mail berubah serius. Remy mulai tertanya-tanya. Tiba-tiba kedengaran suara perempuan mengilai dari jauh. Semakin lama, semakin dekat dan hilang tiba-tiba. Muncul seorang wanita cantik, bibirnya merah, berbaju putih, berambut hitam dan tersimpan di dalam tudung Freedada.

"Abang....."

Suaranya ayu, manja. Bau tubuhnya harum, wangi. Cantiknya itu mampu membuatkan lelaki yang lelaki terpana, terpaku dan enggan berkelip lebih daripada tiga kali.

Gadis itu memanggil lagi, "Abang sayang."

Wanita itu perlahan-lahan mendekati Lebai Mail. Angin lalu singgah bertiup dan bau busuk menerjah ke hidung.

Lebai Mail seperti tahu apa yang ingin dilakukan. Lebai Mail mengeluarkan secebis kain hitam. Dibacanya kalimah permulaaan, "Bismillahirrahmanirrahim..!!"

Angin kuat bertiup sekali lagi dan bau busuk itu semakin ganas bertebaran. Remy hampir muntah. Baunya hanyir yang amat.

"Jangan kau ganggu anak cucu Adam. Berambus kau, sebelum aku sakitkan kau dengan kalimah-kalimah suci Allah. Pergi kau, pergi..!!" ujar Lebai Mail dengan lantang.

Wajah wanita cantik itu berubah hodoh. Hodoh kerana dia mulai menangis. Teriak. "Sampai hati abang-abang halau saya. Semua jantan sama..!!"

Langit gelap secara tiba-tiba. Perempuan itu berlalu. Remy dan Lebai Mail memandang.

"Patutlah bau busuk. Ada 'sesuatu' yang kuning di belakang rupanya," bisik Lebai Mail sambil mengelap peluh.

Begitulah antara bait-bait penceritaan daripada Lebai Mail. Aku hanya mendengar. Nak disokong takut tahyul. Nak diabaikan, takut betul. Nak nasi, bila lapar.

Petang itu, jam di Kedai Gunting Pak Berohim menunjukkan pukul 4 petang 23 minit 03 saat. Hal ini jangan dianehkan kerana hanya Pak Berohim memiliki jam digital di Kampung Sungai Batu.

"Pak Berohim, betul ke apa yang Lebai Mail cerita dekat saya tu?"

Sambil menyikat jambangnya, Pak Berohim menjawab, "Betul wahai pemilik Fan Page Akyem Samad. Apa yang Lebai Mail ceritakan tu memang betul. Tak ada satu pun yang salah."

Aku termenung.

Pak Berohim menepuk bahuku, "Apa yang dimenungkan? Mereka tak ada kena-mengena dengan kau kan?"

"Kalau ikut hukum biologikal, fizik, kimia dan juga matematik tambahan, memang saya tak ada kena mengena tapi kan..."

"Apa lagi yang tapi tapi ni, Akyem Samad? Tak puas lagi jadi pelakon indie dekat KL sana tu? Eh, aku ada tengok filem pendek kau dekat Youtube. Yang tajuk 'Rahsia' tu. 'Rahsia' kan tajuk filem pendek yang kau buat guna telefon Sony Experia Go tu?"

"'Tentang Rahsia'la, Pak Berohim."

"Haaa..yang itulah. Akyem Samad, kau tak nak buat ke filem tentang kampung kita? Kisah Pawang Tok Assan boleh jadi modal."

"Bagus juga idea Pak Berohim ni. Tapi saya kena kaji dulu. Setiap kronologi yang berlaku mesti ada isi-isi penting."

"Apa-apa pun, kuatkan mental dan fizikal. Bekas tinggalan keluarga Pawang Tok Assan ni boleh tahan kuat, ganas dan gila," bisik Pak Berohim.

Bahaya sangat ke bekas tinggalan Pawang Tok Assan tu?" soal aku balik untuk mendapat kepastian.

"Eh kau ni Akyem Samad. Aku jarang berbohong tau," balas Pak Berohim.

Pak Berohim kelihatan sedikit termenung. Jauh dia termenung. Jauh menungnya bagai memikir sesuatu yang kelam. Dalam keredupan itu, Pak Berohim menyambung kembali, "Tapi bila diingat kembali, naik seram juga. Berdiri bulu romaku."

"Berdiri bulu romaku? Macam lirik lagu."

"Iya, betul. Hanya lirik itu mampu aku gambarkan perasaan yang melanda diri aku dalam sepi ingatan bersulamkan nostalgia usang."

"Amboi, Pak Berohim. Bukan main berpuitis. Itu seram sejuk ke seram kena raba dengan jantan, Pak Berohim?"

"Kalau seram kena raba dengan jantan, bulu roma aku pun masuk balik dalam kulit. Aku cerita betul ni. Jangan buat main-main. Walaupun anak dia dah hilang, walaupun Tok Assan dah senyap, walaupun GST dilaksanakan pada 1 April, ada satu benda kau kena ingat. Bumi tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, insan yang terluka tak mampu diubati dengan minyak gamat. Dendam dan kecelaruan itu masih berlegar di kampung kita ni, Akyem Samad."

Aku diam.

"Malam itu, Leha, anak aku sendiri..." Pak Berohim mulai sebak secara tiba-tiba. "Kalaulah Leha tak keluar malam itu, tentu dia masih hidup sampai sekarang."

"Apa jadi dengan Leha? Kenapa dia sampai mati?" Aku kaget. Perasaan ingin tahu menyelubungi benak fikiranku.

"Dia hilang dan ditemui di satu tempat yang lain, dalam keadaan yang menyedihkan."

"Apa maksud, Pak Berohim?" aku terus mengasak soalan.

Menurut cerita Pak Berohim, anaknya Leha, seorang gadis yang baik. Namun pada malam itu, jiran-jiran ada melihat Leha, melihat dalam keanehan.

***

Hujan renyai pada waktu itu. Senja pun baru sahaja menemui suasana malam. Pak Berohim dan isterinya masih belum pulang dari pekan. 

Dari dalam rumah, Leha masih bertelekung dan dengan dalam keadaan bertelekung itu, jiran-jiran mengatakan dia berjalan meredah dalam hujan itu. Di dadanya dirapatkan satu naskah. Kata jiran, Leha bagai memeluk al-Quran ketika meredah hujan itu. Ke mana dia tuju, tiada sesiapa yang tahu. Ada jiran yang berselisih dengan Leha, nak ditegur, rasa takut. Dicampur pula suasana malam dan hujan renyai namun mereka berkata, "Leha berjalan sambil matanya tertutup. Itu yang kami perasan. Kalau kami tahu ini kesudahannya, pasti kami cuba menahannya."

Kehilangan Leha memang menggemparkan Kampung Sungai Batu. Terus hilang tanpa jejak.

Ada satu malam, bayangkan, dalam jam 11 malam, azan dikumandangkan. Azan dikumandangkan pada bukan waktunya. Siapa yang tidak hairan? Gerakan mencari Leha mula diatur. Dan dalam pencarian itu, ternyata sukar dan tidak mudah. Ada saja orang kampung yang menyertai misi itu diganggu.

Hari demi hari, masuk hari ke-10. Mayat Leha ditemui terbaring di satu parit yang kering, sedangkan di parit itu sering dilewati oleh gerakan yang mencari Leha. Khabarnya, ada jin yang sembunyikan Leha.

Menurut Izzah, Leha pernah diganggu 'sesuatu'. Apabila rakan-rakan bertanya tentang perkara itu, Leha sering menafikannya namun di saat Leha bersendirian, rakan-rakannya jelas melihat Leha bagaikan berkomunikasi dengan 'sesuatu' yang tidak kelihatan di mata kasar. 

"Jangan ganggu aku. Aku nak solat," bentak Leha.

"Kau bercakap dengan siapa tu, Leha?" soal Nurul yang kebetulan datang menghampiri Leha.

"Eh, Nurul. Mana ada aku bercakap dengan sesiapa. Kau salah dengar ni. Kau seorang saja ke? Ajai mana? Dia tak ikut?" Leha cuba menukar topik perbualan mereka.

"Ajai tak ikut. Dia ada dekat studio. Tengah servis aircond. Dia kan dah kerja jadi maintenance sekarang ni," balas Nurul.

"Oh, baguslah."

"Leha, kalau kau ada apa-apa masalah, ceritakan dekat aku. Aku kan sahabat kau, walaupun aku terrampas Ajai dari tangan kau."

"Aku betul-betul tak ada apa-apa."

Nurul meninggalkan Leha bersendirian.

"Tak kisahlah Nurul kalau kau nak ramas Ajai sekali pun, yang penting, kad kredit dan nombor pin ATM Ajai, aku yang punya," bisik Leha.

Leha melepaskan pandangannya keluar jendela. Kelihatan Ishak.. Maaf.. Kelihatan Remy sedang berdiri di suatu sudut. Leha memandang tingkah laku anak Tok Assan itu tanpa sebarang suara. Dan tiba-tiba, Remy berpaling, tepat dengan pandangan tajam merenung Leha. Leha terkejut dan terus menutup jendela.

"Ayah, tadi siang, Leha nampak Ishak dekat hujung belukar sana tu. Entah apa yang dibuatnya," Leha bercerita kepada ayahnya, Pak Berohim.


"Wahai anakku, bukankah ayah sudah pesan beribu-ribu kali, jangan sesekali sebut nama anak Tok Assan dengan nama yang dimulai dengan huruf 'i' dan diakhiri dengan huruf 'k'. Bala tu, Leha. Bala. Sudahlah esok ayah ada seminar. Kamu jangan buat pasal, Leha," nasihat Pak Berohim.

"Baiklah ay..... arggghhhhhh... arghhhhhh.. Sakit..sakitttttt.....!!!!!!!" Leha diserang sesuatu.

"Leha..!! Kenapa ni, Leha..!! Lehaaa..!!" Pak Berohim mulai cemas.

Bau kemenyan yang entah dari mana datangnya tiba-tiba memenuhi ruang rumah Pak Berohim. Dari luar rumah, ada sesuatu yang menggelupur. Bunyi itu jelas kedengaran di telinga Pak Berohim.

"Ya Allah, apa semua ni?" Pak Berohim resah yang menggila.

Leha pula belum henti dari meracau, "Arhhhhh... sakitt.. jangan pegang aku... sakitttt.." Raung tangisan derita Leha sehingga tertitis air mata.

Dari dapur rumah, isteri Pak Berohim meluru naik ke atas setelah mendengar jeritan anak gadisnya itu.

"Apa yang jadi ni, hubby? Kenapa dengan Leha? Leha.. Leha..??"

Pak Berohim terpaku, hanya mampu melihat isterinya menyentuh anaknya itu.

"Hubby pergilah cari orang untuk ubatkan Leha. Kena sampuk ni. Cepatlah, hubby..!!" desak isteri Pak Berohim.

"Hubby nak cari siapa malam-malam ni? Hubby tak tahu, anje. Hubby buntu...."

"Panggil saja Assan. Mungkin dia boleh tolong ubatkan anak kita ni."

"Si pawang tu? Hubby tak yakinlah, anje."

"Dia saja yang paling dekat dengan kita, hubby. Nak panggil ustaz, jauh. Cepatlah, hubby!!" desak isterinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA