Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Pawang Tok Assan

Bahagian 1 :

Petang itu, unggas bagaikan bisu. Dedaunan hijau melambai lemah walau angin kejam datang menyapa. Di jalan kampung yang berturap, hanya kedengaran langkah tapak kasutku yang berlaga dengan jalan. Sangat perlahan aku berjalan. Bayangan-bayangan memori menerpa ke akal fikirku. Aku senyum. Dan ada yang aku mengeluh. Aku terus melangkah, masih perlahan dengan langkah yang cuba menghirup kembali udara kampung. Sudah 5 tahun aku tinggalkan Kampung Sungai Batu ini. Rutin anak kampung yang menginjak dewasa.

Aku ke kota bersama sebuah impian. Impian yang mungkin digelakkan orang, impian yang mungkin dipuja orang, dan impian yang mungkin dikatakan oleh orang, "Itu tiada masa hadapan." Aku lepaskan rasa-rasa itu ke belakang. Bukan caraku menyimpan ayat-ayat yang tidak penting ke telinga. Biarkan.

Sampai di sebuah persimpangan, "Akyem Samad..!!" Ada suara yang menyapaku girang. Bunyinya seperti rindu tetapi yang malangnya, suara yang menyapa itu suara lelaki. Aduh. …