REVOLUSI TUAH

Hang Tuah, satu nama yang cukup disegani, terkenal dalam pelbagai sejarah bangsa dunia, lebih-lebih lagi di bumi sendiri, sejarah lagenda kepahlawanan Melayu Melaka suatu masa dahulu.

Melayu pernah bangkit, gah, dihormati dan disebut-sebut sebagai sebuah tamadun yang hebat tetapi Melayu juga pernah dihapuskan oleh Melayu itu sendiri lantas mereka menyalahkan Melayu yang lain agar Melayu itu terus nampak seperti Melayu. Nampak seperti tingkah laku manusia biasa namun dalam kebiasaan itu pasti akan ada yang mahu membela, mahu Melayu itu kembali gah dengan ketamadunannya, dengan diiringi kalimah, "Asyhadualla illaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah", beserta takbir, "Allahuakhbar!" dan juga selawat ke atas nabi rasul junjungan S.A.W, "Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad".

Sejarah itu, telah berlegar di sekitar abad ke-15, di lintasan memori tahun 1400 sehingga tahun 1511. Kini, di tahun 2020, setelah selama 509 tahun segala kisah, cerita, penglipur lara ditinggalkan jauh, nama Tuah kembali menggegarkan dunia, menggemparkan semesta. Di saat anasir celaka lapar menggigit dosa, memamah kejahatan dan menjilat kerakusan, datangnya seorang lelaki, dari asal-usul Melayu dia menjelma dalam REVOLUSI TUAH.

Akyem Samad
Aktivis Seni Indie
El Hesh Indie Moving Production

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA