FUKUSHU : DENDAM


 
Tajuk Teater : Fukushu
Skrip / Idea Asal : Lee Yi En
Arahan : Akyem Samad & Lee Yi En


video
  
     Fukushu mengisahkan sebuah kisah mengenai dendam yang tersemat di hati Geisha terhadap Jeneral. Geisha dan Natsumi  merupakan adik-beradik yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, mereka berdua merupakan anak yatim piatu kerana ibu bapa mereka telah mati dibunuh. Setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka, Geisha dan Sister telah dijaga oleh Tuan Akira dan Puan Orihime  mereka di sebuah daerah timur Jepun. Selama 16 tahun Tuan Akira dan Puan Orihime menjaga Geisha dan Natsumi dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh dan dalam masa yang sama Tuan Akira dan Puan Orihime sebenarnya menyimpan satu rahsia.

     Pada satu malam, Tuan Akira telah meminta isterinya , Puan Orihime untuk memanggil Geisha dan Natsumi untuk bertemunya. Tuan Akira menceritakan kepada Geisha dan Natsumi bahawa bapa mereka sebenarnya dibunuh oleh Jeneral dan ibu mereka meninggal dunia kerana sakit jantung akibat sukar menerima kenyataan akan persitiwa tersebut. Geisha dan Natsumi terkejut. Hal ini demikian kerana sebelum ini Tuan Akira memberitahu bahawa kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia kerana kemalangan. Dalam ketegangan tersebut, Tuan Akira menjelaskan bahawa mereka tidak sampai hati untuk mencerita perkara yang berlaku kerana pada ketika itu, kedua-dua mereka masih kecil, masih tidak tahu apa-apa. Setelah tiba masanya, setelah berbincang, barulah Tuan Akira dan Puan Orihime menceritakan punca kematian bapa mereka.

video

     Jeneral cuba merampas kedudukan bapa mereka berdua. Oleh kerana Jeneral gagal meluaskan kuasanya selagi bapa mereka masih hidup, Jeneral mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat bapa mereka. Itulah yang disampaikan oleh Tuan Akira. Geisha dan Natsumi kaku terdiam, sukar untuk menerima kenyataan.

     Puan Orihime telah merancang satu rancangan. Puan Orihime mengeluarkan satu pisau yang telah diracun. Puan Orihime mahu Jeneral dibunuh bagi menuntut bela ke atas kematian keluarga mereka. Bermula dari sinilah, konflik, penipuan, cinta, pengorbanan dan balas dendam berlaku.

Insya’Allah, pementasan teater Fukushu akan dipentaskan semula apabila tiba masanya.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Akyem Samad ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA