HADIAH HILMI UNTUK MIRA


Cinta. Sebuah perkara yang indah. Kenangan manis pasti membuat hati beralun lembut dengan deruan kasih yang mampu mencorakkan pelangi di hati yang merah. Walau bagaimanapun, kita manusia. Manusia tidak pernah lari dari kekhilafan. Kekhilafan itulah yang mengajar kita erti sebuah perasaan. Perasaan yang tidak ingin mimpi ketakutan berulang kembali.

     Dalam cinta, peluang adalah sebuah harapan.  Harapan yang memberi kita detik nadi untuk terus menghitung saat kita mencintai dia. Di sini, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar. Kisah yang berlaku dalam diari diri sahabat saya, Zulhilmi Sharin dan cinta hatinya, Mira Ali.

     Saya percaya akan hubungan anda berdua begitu kuat dan mampu bertahan. Saya sebagai sahabat mendoakan kalian berdua. Kepada para pembaca blog saya, jika anda rasa cara sahabat saya ini “sweet”, jangan lupa kongsikan kepada pasangan anda dan juga rakan-rakan anda. Kepada pembaca saya yang sedang berhadapan dengan konflik, tunjukkanlah video ini kepada pasangan anda. Semoga video ini mampu memberi anda sebuah senyuman bersama doa.

    Mari kita saksikan bagaimana sahabat saya melamar kembali kekasihnya. Agak-agak kalau anda di tempat gadis itu, apa perasaan anda ketika menonton video ini?



Allah SWT telah menulis jodoh kita. Jika dia adalah jodoh kita, maka dialah orangnya. Doa akan mengiringi.



HAK MILIK CIPTA TERPELIHARA – Akyem Samad ®

Ulasan

Husna Mizan berkata…
Subhanallah, moga itulah jodohnya ^^
Akyem Samad berkata…
Diorang ni bagus. dah lama bersama. sebagai sahabat, mestilah nk yg the best gak kan..hehe..amin..
Tanpa Nama berkata…
aminnn...moga jdoh diaorg b'kkalan...
Semut Senyum berkata…
jangan ulang kesilapan lama...
fikirkan utk kebaikan bersama...
moga masih ada ruang n peluang mereka... jagalah hubgan sebaik2nya.. =)
me in LDR berkata…
em...perkara silam jadikan pengajaran..
tapi berkawan jangan lama-lama,
bimbang semakin banyak pula halangan nanti..=)

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA