MAKANAN KHAS PONTIANAK


Filem Twillight : Breaking Down Part 2 mendapat sambutan yang hangat di pawagam kini. Kisah hidup spesis Pontianak yang suatu masa dahulu amat digeruni kini dipujai pula. Maklumlah, ideologi Barat adalah untuk memanipulasi minda orang lain untuk menerima sesuatu yang asalnya buruk dilihat sebagai baik. Jika dilihat pada gambar di atas contohnya, jika itulah rupa sebenar Pontianak, cantik, seksi dan menggoda, saya pun rela di’love bite’nya. Kalau mati, saya tidak tahulah!

     Selain daripada filem Twillight : Breaking Down Part 2, filem Shrek yang menyajikan jenaka sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam memanipulasikan minda masyarakat untuk menerima spesis makhluk raksasa itu walaupun pada asalnya jika makhluk tersebut wujud, saya percaya bahawa anda akan berlari lintang-pukang sehingga tercabut bulu kaki dan pundi kencing anda pun akan turut sama melantun-lantun kerana takut. Percayalah!

     Berbalik kepada kisah Pontianak. Pontianak digambarkan sebagai makhluk yang menghisap darah di bahagian leher. Persoalan mengapa Pontianak tidak menghisap darah di bahagian ketiak manusia sering diperdebat dalam perbicaraan kes-kes paranormal sedangkan salur darah di bahagian ketiak sebenarnya menyediakan darah yang lebih merah. Walau bagaimanapun, perdebatan mengenai persoalan itu telah terpinggir sejak sekian lama.

     Berita yang terkini yang diterima oleh saya agak mengejutkan. Pontianak tidak lagi bergantung kepada darah sebagai MAKANAN untuk terus hidup.  Perkara sebegini mungkin tidak masuk akal kerana masyarakat majoriti akan berkata Pontianak tidak wujud namun saya sekadar ingin berkongsi sesuatu yang saya perolehi. Sama ada pembaca ingin percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri. Berdasarkan kajian dari sudut pemerhatian dan penilaian yang saya jalankan, di Kalimantan Barat, Indonesia, telah wujud satu kilang yang memproses MAKANAN KHAS PONTIANAK dan makanan ini telah tersebar di sana. Bentuk MAKANAN KHAS PONTIANAK adalah seperti gambar di bawah :

 
Jelly Lidah Buaya

Hehe.. Sekadar gurauan dalam cerita.

KARYA & HAK MILIK CIPTA TERPELIHARA – Akyem Samad ®

Ulasan

Merpati Biru berkata…
apelah, pontianak tu name tempat di kalimantan, dkt2 dgn sempadan sarawak, die mksudkan mknan khas dari pontianak bkn mknan utk pontianak.
Nurul Farahizzati berkata…
KAHKAHKAHKAH!!! yang ni lawak!!! hahahahaha!!! buang la word verification ni.. xbest r nak mengomen..
Akyem Samad berkata…
Dah.da buang dah.. :-)
Nurmujahidah Ismail berkata…
jom join ga ni. semua hadiah wang tunai sambil beramal :D

http://www.mujadafewa.my/2012/12/ada-apa-dengan-blog-mksyahircom.html
Busyra Bt Takiyudin berkata…
hehe. ingat apa tadi.. tajuk mmg awesome

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA