THE HORROR AT BCCK




The Horror At BCCK baru sahaja berlangsung pada 27 Oktober 2012 di Borneo Convertion Center Kuching, Sarawak. Acara persembahan hiburan yang berkonsepkan gig ini telah melibatkan beberapa buah kumpulan muzik band indie tempatan seperti Polar, She’s Nuclear, Asembly Of Soul, Sir Attext, Heroin, Jejak Biru, S.H.G.M, Kambing Sakti, Foxhole, DJ Timmy, DJ Vaux dan sepatutnya kumpulan The Sharpest yang baru sahaja menggengam gelaran juara Battle Of The Band Pesta Konvokesyen UNIMAS Ke-16 2012 turut sama membuat persembahan namun mereka tidak dapat hadir pada malam tersebut. 

     Band Kambing Sakti telah memulakan acara persembahan pada malam tersebut. Di sepanjang perjalanan gig tersebut, kebanyakan daripada kumpulan muzik band indie tempatan ini telah mempersembahkan muzik yang bergenre lebih ke arah metal. Hal ini adalah mungkin kerana tema Halloween telah dijadikan sebagai fokus untuk acara persembahan.

    Di bawah ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil sebelum telefon bimbit model Samsung Corby 2 GT-S3850 kehabisan bateri di saat-saat genting.







 
Kepada band-band lain, “Maaf, kamek nang sik sempat mok ambit gambar kitak orang banyak-banyak. Bateri telefon bimbit model Samsung Corby 2 GT-S3850 kamek habis. Kedak ney  mok polah. Sudah takdir. Hehe..”

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Luqman Akyem ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA