BATTLE OF THE BAND PESTA KONVO UNIMAS 2012

Badan Budaya UNIMAS (BAYU) telah menganjurkan pertandingan tahunan iaitu Battle Of The Band sempena Pesta Konvokesyen UNIMAS Ke-16 2012 baru-baru ini. Peringkat saringan yang dijalankan pada 6 Oktober 2012 bertempat di Panggung Gemilang, UNIMAS telah menyaksikan sebanyak 23 kumpulan berentap untuk merebut tempat ke peringkat akhir.

     10 kumpulan terbaik seperti The Riffles, Karma, Sonar Instict, Superhero, Hurricane Band, Rocet 19, Head Divers, The Sharpest, Em ‘G’ Esja dan Enigma telah terpilih untuk beraksi Pentas Utama Pesta Konvokesyen pada 12 Oktober 2012. Ayuh kita saksikan sorotan gambar-gambar aksi mereka di pentas.

Nama Band : Em 'G' Esja




Nama Band : Enigma





Nama Band : Head Divers




Nama Band : Hurricane Band





Nama Band : Karma




Nama Band : Rocet 19




Nama Band : Sonar Instict


Nama Band : Superhero





Nama Band : The Rifles






Nama Band : The Sharpest




Pada malam pertandingan tersebut, The Sharpest telah dinobatkan sebagai juara Battle Of The Band. Dendangan lagu Jeritan Batinku dan Nur Nilam Sari versi The Shapers ternyata telah memikat juri dan memukau penonton terutamanya dari aspek persembahan dan lontaran suara oleh vokalisnya, Izy. Satu info yang menarik tentang juara Battle Of The Band ini adalah mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang paling jauh hadir untuk bertanding iaitu dari Sibu dan ternyata pengorbanan mereka adalah tidak sia-sia.



Naib johan bagi pertandingan ini jatuh dalam genggaman kumpulan Sonar Instict dan tempat ketiga dibolot oleh kumpulan Hurricane Band.

HAK MILIK CIPTA TERPELIHARA - Luqman Akyem ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA