MITOS SI MERDEKA


“Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!”

Laungan keramat yang sering dibayang untuk bergema dalam gelombang lautan manusia di seluruh Malaysia sama ada yang berhimpun di Dataran Merdeka, stadium-stadium, rumah-rumah atau di atas jambatan laluan utama ke jalan kampung sebaik sahaja tiba detik jam 12 tengah malam dan bermulalah tarikh baru iaitu 31 Ogos. Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi dada langit kelam malam itu.

“Akhirnya, dah merdeka juga kita. Hehe..” ujar seorang gadis melayu berpakaian seksi bersama rakan lelakinya yang bertindik dalam lubang hidung (Nah, bertindik dalam lubang hidung pun ada?) yang melepak di Dataran Merdeka sepanjang malam menyambut kemerdekaan itu.

Perbualan mereka berdua itu didengari oleh Luqman Akyem, iaitu seorang blogger yang belum popular ketika turut sama berada di situ untuk mencari bahan baru sebagai idea penulisannya. Dengan selamba dalam hati, Luqman Akyem berkata, “Hai, dah merdeka ke? Mestilah tak. Generasi yang lahir selepas tahun 1957 hanyalah MENGEKALKAN KEMERDEKAAN negara bukannya MENCAPAI KEMERDEKAAN. Bila masa pula generasi yang lahir selepas tahun 1957 ni bersusah payah, berperang, berkorban dan menderita untuk mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos? Bila?”

Saya bukan seseorang yang bercakap lepas atau berfikran negatif tetapi saya cuba berfikir dan meletakkan diri dalam situasi minda pro-kontra. Saya membenih jiwa sebagai anak merdeka dan juga membenihkan persoalan adakah saya sebenarnya benar-benar telah merdeka atau pun telah/pernah/masih/sedang dijajah? Saya cuba merungkai erti merdeka itu sebaik-baik mungkin.

Sewaktu ditanya kepada pelbagai golongan lapisan masyarakat tentang maksud erti kemerdekaan, macam-macam jawapan terlafaz di bibir mereka. Antaranya adalah seperti berikut :

SOALAN       : APA YANG ANDA FAHAM TENTANG ERTI MERDEKA?
JAWAPAN     : 1)Merdeka bermaksud kita bebas.
                       2) Negara kita bebas daripada penjajah.
                       3) Bila orang ramai mula pasang bendera dekat motor.
                       4) Malam merdeka orang berkumpul tengok bunga api.

Ini hanyalah antara beberapa contoh jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun, yang pasti terdapat pelbagai lagi versi jawapan yang lain kerana latar belakang dan mentaliti manusia adalah berbeza. Itu persepsi sendirian berhad bukan?

Tujuan utama penulisan ini adalah sekadar ingin berkongsi persepsi sahaja tentang kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos diiring dengan kefahaman akan erti merdeka itu. Bagi saya, tanggal 31 Ogos adalah tarikh negara kita yang tercinta ini sahaja merdeka dan mungkin juga bagi orang yang telah hidup sebelum tahun 1957 dan turut merasai perit getir dalam perjuangan untuk memerdekakan negara daripada penjajahan berbentuk manusia (British, Jepun, Belanda dan sebagainya) dan kita pula anak-anak serta cucu-cicit mereka sekadar mengekalkan kemerdekaan negara kita seperti yang saya tegaskan di awal penulisan saya ini.

Kita sebenarnya hanya dibayangi mitos merdeka sahaja. Kita percaya dengan merdeka sehingga kita lupa yang kita sendiri belum merdeka dan dijajah. Sukar untuk memahami mesej saya? Tidak mengapa. Di sini saya ingin berkongsi pandangan mengenai beberapa persoalan yang ringkas iaitu :

1)      Merdekakah kita?
2)      Hanya negara merdeka?
3)      Negara dijajah kembali?

Merdekakah kita? Kita adalah generasi Y. Generasi moden di ambang kemajuan globalisasi namun kebanyakkan kita sebenarnya tidak pernah merdeka. Adakah anda tidak berpuas hati dengan kenyataan saya? Tidak mengapa kerana itu adalah hak anda. Bagi saya, kita tidak pernah merdeka kerana kebanyakkan daripada kita tidak pernah merasai erti sengsara, sakit, perit getir dalam hidup. Bertuahlah sekiranya generasi sekarang ini merasai kesusahan dalam hidup. Mana tidaknya, celik-celik sahaja sudah cerah diterangi cahaya lampu. Kalau nak ke sekolah jauh, “Tak pe, nanti ayah hantar guna kereta Mercedes yang ayah beli dah 6 bulan tak bayar tu.” Mana pernah rasa jalan kaki jauh-jauh sampai sejam dua jam, sampai berpeluh-peluh. Kalau tengah pokai, “Abah, nak duit RM5. Nak beli top-up.” Abah dengan selamba berkata, “Nah, ambik ajelah RM50 ni.” Sungguh begitu mewah. Hidup dalam rumah batu, ada air-cond. Apabila jumpa sahaja tempat yang tiada semua kemudahan sebegitu, mulalah, “Hisshhh.. macam manalah aku boleh tersadai kat tempat jin bertendang ni? Eh, ni bukan jin. Bapak iblis. Aduiiiii... dahlah tak ade elektrik, line phone pun tak ade, jamban kat luar rumah, nak berak kena karai air dulu. Lecehlah semua ni.” Belum lagi cerita orang semenanjung yang dapat sambung belajar atau diarahkan bekerja di Sabah dan Sarawak, “Perghh.. Jauh siot. Pergi Sarawak kot. Macam mana aku kat sana nanti?” Ni pesanan kepada budak-budak semenanjung yang dapat UNIMAS. Tak payah masuk universiti kalau anda pernah berfikir atau terlintas sebarang kenyataan yang sama maksud dengannya. Rugi. Sayang. Orangnya pandai tetapi mentalitinya? Jauh ke semenanjung dengan Sarawak? Bayang sendirilah. Naik kapal terbang kalau dari Johor sampai ke Sarawak baru 1 jam 45 minit. Kalau nak ke utara pun sampai 8 jam. Mana lagi jauh? J Adakah kita telah merdeka? Jika anda ada dalam situasi tersebut, saya berani katakan anda belum merdeka. Mentaliti anda belum bebas.

Hanya negara merdeka? Ya, mestilah tetapi itu dahulu. Hanya ini juga saya boleh jawab.

Negara dijajah kembali? Ya, yang persoalan ini saya ada huraian panjang. Jika suatu masa dahulu, Tanah Melayu dijajah kerana kekayaan sumber hasil bumi seperti bijih timah dan pelbagai lagi sumber lain tetapi kini Malaysia dijajah kembali kerana faktor ekonomi dan peluang pekerjaan. Jika dahulu, bumi bertuah ini menjadi saksi akan kedatangan British, English dan beberapa lagi pejajah yang kita tidak sempat lihat namun hari ini, bumi yang uzur ini memberi kita peluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala otak kita. Negara kita dijajah oleh Nepal, Bangladesh, Mynmar, Filipina, Indonesia, Vietnam. Mereka berkuasa sekarang sehinggakan di semenanjung, kaum Melayu, Cina, India dan bumiputera tenggelam. Hilang. Di ibu kota yang kita sanjung dan agungnya? Siapa yang bermaharajalela? Mereka. Tambah berita baru yang disiarkan di TV3 baru-baru ini mengenai satu isu ingin membawa masuk lebih ramai pekerja Bangladesh untuk mengisi peluang pekerjaan di Malaysia? MENGISI PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA? Aik, ada pula kerja kosong? Bukankah rakyat Malaysia ramai yang menganggur? Nah, tahukah anda gaji seorang pembersih bilik, pencuci tandas dan sekuriti yang dipegang oleh aBANGLAdesh ini berapa? RM1,800. Tipu? Cubalah tanya kepada mereka. “Tak naklah, diorang bau busuk.” Itulah yang lagi untung daripada kita orang Melayu yang berhutang sana-sini. Sudah terang lagi bersuluh, ekonomi kita 70% dipegang oleh mereka secara batinnya. Hanya kita tidak nampak. Sampai bila hal ini berlaku? Mencapai kemerdekaan negara bukan sekadar berperang pegang senjata tetapi cara kita memastikan dalam negara kita hanya ada kita. Bukan saya bersikap rasis tetapi cuba anda bayang dan fikirkan. Andai ini rumah anda, sanggupkah anda biarkan rumah anda dimasuki oleh mereka? Mereka siap ke dapur minum susu dan mandi pakai sabun Dettol yang dibeli oleh anda di dalam rumah anda? Sanggupkah? Fikir-fikirkannya. Jelas negara kita dijajah kembali.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 ini pada tahun 2012, saya seru, “Generasi kita perlu dibebaskan mentaliti dahulu kerana kita banyak disogok dengan ideologi-ideologi Israel untuk melemahkan kita sehingga kita lupa, alpa, lalai, cuai dan gagal untuk rasional. Segala perlakuan bukan bermula dengan hati tetapi dari akal. Sesungguhnya Allah S.W.T telah kurniakan akal untuk kita berfikir tentang baik buruk, takkan kita biarkan hati bersalut nafsu yang didiami syaitan menguasai. Kita perlu merdekakan diri kita sebelum kita merdekakan orang lain dan juga negara.”

Maaf andai penulisan ini tidak sempurna kerana yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya. Anda juga mungkin berpendapat saya bagaikan tidak punyai pendirian dalam penulisan. “Hari ini tulis lain, esok lain.” Memanglah. Itukan buah fikiran. Tidak semestinya sepohon pokok sentiasa mengeluarkan sebiji buah yang bulat dan merah serta manis. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini.
HAK MILIK CIPTA TERPELIHARA - Luqman Akyem ®

Link yang berkaitan:

1)

2)http://luqmanakyem.blogspot.com/2012/09/hilangnya-dara-malam-ambang-merdeka.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA