Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

Imej
http://www.youtube.com/watch?v=bHPqTISQuLA&feature=youtu.be



DEKON merupakan kata nama singkatan daripada perkataan “Deklamasi Lakon”. DEKON telah diperkenalkan oleh salah seorang sasterawan negara kita yang disegani iaitu A. Samad Said. Usaha untuk menaikkan martabat DEKON telah dimulakan dengan langkah yang diatur oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) semenjak beberapa tahun ke belakangan ini.
Nama DEKON mungkin agak janggal kedengaran bagi masyarakat hari ini walaupun DEKON sebenarnya telah bertapak di Malaysia lebih daripada tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, hal ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana rata-rata masyarakat lebih terdedah dengan gaya lakonan dan persembahan dalam  versi teater dan filem.
Ruang penulisan saya untuk kali ini adalah untuk mendedahkan serba sedikit tentang DEKON untuk memudahkan rujukan orang ramai yang masih mencari-cari maksud dan jisim dalam DEKON itu. Oleh hal yang demikian, saya cuba berkongsi sebaik-baik mungkin ilmu, pengetahuan dan pengalaman ya…

KEMBALINYA TERUNA JIWA MERDEKA

Imej
Berdasarkan entri yang lepas, saya telah memaparkan kisah suasana Malam Ambang Merdeka yang saya lihat seolah-olah telah hilang dara daripada keperawanannya. Walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi kerana keesokkan harinya iaitu pada tanggal 31 Ogos 2012, sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-55 berjalan dengan baik. Akhirnya, dapat juga saya saksikan kibaran Jalur Gemilang di sini-sana dan mewarna-warnikan pandangan saya. Pada pagi itu jugalah saya baru dapat merasakan bahawa rata-rata insan yang bergelar rakyat Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara yang begitu hebat sekali. Walau bagaimanapun, bukan rakyat Malaysia sahaja yang hadir bagi memeriahkan acara itu namun terdapat juga golongan pelancong-pelancong asing dan pekerja-pekerja asing yang turut menghangatkan suasana.



Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-55 jelas menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berada di taraf keunggulan yang tinggi. Semua hadir dengan satu nawaitu iaitu untuk menunjukkan bahawa Ma…

MITOS SI MERDEKA

“Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!”
Laungan keramat yang sering dibayang untuk bergema dalam gelombang lautan manusia di seluruh Malaysia sama ada yang berhimpun di Dataran Merdeka, stadium-stadium, rumah-rumah atau di atas jambatan laluan utama ke jalan kampung sebaik sahaja tiba detik jam 12 tengah malam dan bermulalah tarikh baru iaitu 31 Ogos. Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi dada langit kelam malam itu.
“Akhirnya, dah merdeka juga kita. Hehe..” ujar seorang gadis melayu berpakaian seksi bersama rakan lelakinya yang bertindik dalam lubang hidung (Nah, bertindik dalam lubang hidung pun ada?) yang melepak di Dataran Merdeka sepanjang malam menyambut kemerdekaan itu.
Perbualan mereka berdua itu didengari oleh Luqman Akyem, iaitu seorang blogger yang belum popular ketika turut sama berada di situ untuk mencari bahan baru sebagai idea penulisannya. Dengan selamba dalam hati, Luqman Akyem berkata, “Hai, dah merdeka ke? Mestilah tak. Generasi yang lahir selepas tahun 1957 hanya…

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA

Imej
Penulisan untuk ruangan entri ini tidak ditokok tambah oleh saya kerana saya menjaga adab penulisan. Oleh hal yang demikian, segala maklumat yang terkandung dalam penulisan ini adalah benar berdasarkan butiran yang dinyatakan oleh individu dan pandangan secara umum.
30 Ogos 2012 merupakan Malam Ambang Merdeka yang sering dibayangkan akan adanya laungan keramat, “Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!”, akan adanya tarian Citrawarna yang melambangkan keharmonian masyarakat dan juga sering digambarkan akan adanya percikan bunga api yang indah di dada langit. Bukankah begitu? Walau bagaimanapun, segala bayangan itu tidak wujud di ibu kota Malaysia yang bernama Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka pada saat ketika saya menjejakkan kaki ke sana. Dengar khabar lokasi itu ditutup berikutan untuk acara perbarisan keesokan harinya.
Saya Luqman Akyem, selaku seorang blogger dan juga mahasiswa yang menuntut di UNIMAS dalam program Kajian Politik dan Pemerintahan telah mengambil kesempatan mudah …