MEKANSIME


Bulan lepas saya ada dipelawa untuk membintangi sebuah filem pendek yang berjudul “MEKANISME” arahan Azrie Azhar, pengarah muda daripada UNIMAS. Saya dipelawa untuk berlakon di dalam filem pendek  arahannya sebagai pelengkap kepada PTA (Projek Akhir Tahun) iaitu tugasan terakhir dalam bidang kursus Sinematografi. Seperti biasalah, buat masa ini kalau saya ada membintangi mana-mana drama atau filem, mesti saya merupakan pemegang watak ekstra. Hehe.. Belum layak bergelar artis (berlakon part-time sahaja dahulu sebelum masuk UNIMAS) Lagipun, dia jumpa saya di saat-saat akhir. Redha sahajalah dengan ketentuan Tuhan.

     Filem pendek “MEKANISME” ini menceritakan watak utama iaitu Sam dipenjarakan atas tuduhan membunuh rakannya sedangkan pembunuhan itu bukan dilakukan olehnya. Semasa di dalam penjara, Sam banyak terkenangkan kembali detik-detik terakhir hidupnya di luar sebuah penjara di ruang yang bebas. Walau bagaimanapun, kemunculan lelaki misteri (ini watak saya) sering bermain-main di fikirannya. Siapa lelaki misteri itu? Yang pasti bukan seorang penjual sayur di pasar Chow Kit. Mari kita saksikan filem pendek yang dibikin oleh Azrie Azhar dan krew-krew produksi Kratos Picture.


Dan di sini juga saya ingin kongsikan serba sedikit gambar di sebalik tabir semasa proses penggambaran dijalankan.



















Jadi inilah sahaja coretan yang saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda terhibur membaca blog saya yang tidak seberapa ini dengan perasaan anda tersendiri. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada blog ini.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA