PERGADUHAN HOUSEMATE


Gambar baldi yang pecah di atas adalah milik saya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?” Mari saya ceritakan.

     26 Mei merupakan hari jadi housemate saya yang saya namakan sebagai si polanas. Seorang housemate saya yang lain saya namakan sebagai si polanis ingin membuat gurauan hari jadi. Ketika itu jam dalam pukul 12 tengah malam. Saya pula baru pulang daripada menjalankan aktiviti saya di luar.

     Si polanis masuk ke bilik si polanas dengan membawa telur untuk dipecahkan di atas kepala si polanas. Si polanas merayu meminta agar telur tersebut jangan dipecahkan di dalam bilik. Nanti kotor dan berbau. Oleh hal yang demikian, si polanis memecahkan telur tersebut di dalam gayung. Si polanas yang tidak tahan setelah puas merayu mencelupkan tangannya ke dalam gayung yang dipegang oleh si polanis yang berisi telur lalu merenjiskannya ke arah si polanis sambil ketawa-ketawa.

     Ekoran daripada itu, si polanis terus menyimbah telur dalam gayung yang dipegangnya itu ke arah si polanas kerana menganggap si polanas memberi respon. Si polanis segera berlari meninggalkan bilik dan terus masuk ke biliknya sambil mengunci pintu.

     Kejadian itu turut disaksikan oleh tiga orang lagi housemate saya yang saya namakan sebagai si polanes, si polanos dan si polanus. Si polanes dan si polanos ketika itu bermain P.E.S (Pro Evolution Street) sambil disaksikan oleh si polanus turut ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda lucu melihat gelagat si polanas dan si polanis.

     Tidak lama kemudian, si polanas yang mula-mulanya ketawa tiba-tiba berubah sikap dan mengamuk. Membaling segala benda yang boleh dibaling. Saya yang pada ketika itu dengan berkain tuala mahu mandi ke hadapan rumah sebentar untuk memasak air tiba-tiba terdengar bunyi, “GEDEGANNNGGG..!!!”

     Saya pada mulanya tidak syak apa-apa tetapi sebaik sahaja sampai tepat-tepat di hadapan pintu bilik saya, saya lihat baldi saya telah bersepai pecah di atas lantai.

     Saya pun apa lagi, “Hoi, si polanas. Kau agak-agaklah. Kalau nak mengamuk sekali pun, yang kau pergi pecahkan baldi aku tu buat apa? Siallah.”

     “Nantilah aku ganti balik,” ujar si polanas.

     Dalam hati saya, saya mahu semula baldi yang sama jenis, sama warna dan sama saiz. Walaupun baldi berkenaan sama seperti baldi-baldi lain tetapi saya membelinya menggunakan duit, bukan merembat di kedai runcit.

     Saya masuk ke bilik dan mengunci pintu untuk menenangkan diri seketika. Sudah penat tiba-tiba ada kes sebegini pula. Aduh!

     Selang beberapa minit kemudian, saya dengar suara orang bertekak.

     “Kenapa kau sampai pecahkan baldi orang?” si polanis bersuara.

     Si polanas bingkas bangun dari katil dan, “Ni semua kau punya pasallah!”

     Entah apa yang mereka pertengkarkan, saya tidak ingat. Saya cuba melerai mereka sehinggakan si polanes turut sama menjerit ke arah si polanis mengarahkannya untuk berhenti.

     ♫ Sudah cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini saja ♫.

     Saya segera menutup pintu si polanas untuk mengelakkan si polanis berbuat entah apa-apa lagi.

     Hari kejadian telah berlalu beberapa hari dan hari ini saya tiba-tiba tergelak besar ketika ingin menuju ke bilik mandi di saat melintasi bilik si polanis. Saya terbaca satu notis yang ditampal di pintunya dan saya pasti notis itu untuk si polanas. Nak tahu apa notisnya? Lihat gambar di bawah ini.


    Kepada si polanis dan si polanas, berbaik-baiklah. Tak guna bergaduh. PEACE NO WAR..!!
Jadi inilah sahaja coretan yang saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda membaca blog saya yang tidak seberapa ini dengan perasaan anda tersendiri. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada blog ini.

"Like" kalau suka, "Comment" jika mahu, "Share" andai ingin.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sweet la org lelaki kalo mrajuk..
Lokman Hakiem berkata…
sweet ke?sweet ke sweat? majok sebb baldi pecah..xdapat nak basuh baju pakai baldi sendiri..huhuhuhuu...
Tanpa Nama berkata…
seronoknye dapat bergaduh........
Lokman Hakiem berkata…
jom gaduh..hehe
jaha maz berkata…
hahaha...lucu ar..

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA