Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

MEKANSIME

Imej
Bulan lepas saya ada dipelawa untuk membintangi sebuah filem pendek yang berjudul “MEKANISME” arahan Azrie Azhar, pengarah muda daripada UNIMAS. Saya dipelawa untuk berlakon di dalam filem pendek  arahannya sebagai pelengkap kepada PTA (Projek Akhir Tahun) iaitu tugasan terakhir dalam bidang kursus Sinematografi. Seperti biasalah, buat masa ini kalau saya ada membintangi mana-mana drama atau filem, mesti saya merupakan pemegang watak ekstra. Hehe.. Belum layak bergelar artis (berlakon part-time sahaja dahulu sebelum masuk UNIMAS) Lagipun, dia jumpa saya di saat-saat akhir. Redha sahajalah dengan ketentuan Tuhan.
     Filem pendek “MEKANISME” ini menceritakan watak utama iaitu Sam dipenjarakan atas tuduhan membunuh rakannya sedangkan pembunuhan itu bukan dilakukan olehnya. Semasa di dalam penjara, Sam banyak terkenangkan kembali detik-detik terakhir hidupnya di luar sebuah penjara di ruang yang bebas. Walau bagaimanapun, kemunculan lelaki misteri (ini watak saya) sering bermain-main di …

PERGADUHAN HOUSEMATE

Imej
Gambar baldi yang pecah di atas adalah milik saya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?” Mari saya ceritakan.
     26 Mei merupakan hari jadi housemate saya yang saya namakan sebagai si polanas. Seorang housemate saya yang lain saya namakan sebagai si polanis ingin membuat gurauan hari jadi. Ketika itu jam dalam pukul 12 tengah malam. Saya pula baru pulang daripada menjalankan aktiviti saya di luar.
     Si polanis masuk ke bilik si polanas dengan membawa telur untuk dipecahkan di atas kepala si polanas. Si polanas merayu meminta agar telur tersebut jangan dipecahkan di dalam bilik. Nanti kotor dan berbau. Oleh hal yang demikian, si polanis memecahkan telur tersebut di dalam gayung. Si polanas yang tidak tahan setelah puas merayu mencelupkan tangannya ke dalam gayung yang dipegang oleh si polanis yang berisi telur lalu merenjiskannya ke arah si polanis sambil ketawa-ketawa.
     Ekoran daripada itu, si polanis terus menyimbah telur dalam gayung yang dipegangnya itu ke arah si polanas ker…