MADAH FALSAFAH


     Dalam perhubungan, kalau ada masalah jangan jadikan ia sebagai suatu alasan kerana alasan itulah punca perpisahan. Saya bertegas dengan madah falsafah saya ini kerana saya rasa tidak perlu wujud perpisahan. Bukankah pada awal anda dan si dia bertemu dan merasai kemanisan cinta, pelbagai janji yang entah apa-apa telah anda kotakan? Telah anda lafazkan? Telah anda julangkan? Bukankah begitu? TIDAK PERNAH???? Bohong, dusta, dan tipu. Paling kurang mesti ada anda nyatakan, "Saya janji takkan tinggalkan awak." Betul tak?

     Dalam perhubungan, sekiranya semua perkara mesti harus manis, tidak seronoklah nanti. Mesti ada dan wajib ada masam, manis, pahit, kelat, rasa sabun dan sebagainya barulah seronok. Bukan saya suruh anda bergaduh dengan pasangan anda. Tidak. Bukan. Bagi saya lebih baik ada konflik daripada hipokrit kerana perkara itu akan mematangkan kita dan membuat kita berfikir di samping kita terbit rasa  menghargai pasangan kita. Setiap percintaan di dunia ini ada dua skop yang mempunyai tiga unsur yang perlu anda ketahui dan atasi iaitu yang pertama adalah MASALAH, ALASAN dan PERPISAHAN. Yang kedua adalah MASALAH, PENYELESAIAN dan KEBAHAGIAAN . Mari kita baca dialog situasi di bawah ini.

Situasi Pertama :

Kekasih A : Awak, kenapa awak berbau busuk? (MASALAH)

Kekasih B : Entahlah. Saya pun tak tahu.

Kekasih A : Awak berbau macam taik biawak. Nak muntah saya bila dekat dengan awak. (ALASAN)

Kekasih B : Takkan sampai macam tu sekali?

Kekasih A : Ya, sudahlah awak. Saya dah tak tahan. Sampai di sini saja hubungan kita. Puihh.. (PERPISAHAN)

Situasi Dua :

Kekasih A : Awak, kenapa awak berbau busuk? (MASALAH)

Kekasih B : Entahlah. Saya pun tak tahu.

Kekasih A : Saya rasa awak patut mandi pakai sabun FEB ke, Trojan ke, Kuat Harimau ke. Mesti wangi nanti. (PENYELESAIAN)

Kekasih B : Haah. Saya tak pernah cuba pun. Lagipun, sebelum ni saya tak pernah mandi sebenarnya.

Kekasih A : Oh, ye ke? Hehe.. (sambil ketawa gedik) Nanti dah sampai hotel, mandi tau. Jangan rembat Towel. Sayang awak! (KEBAHAGIAAN)

Jadi, berdasarkan situasi di atas ini. mana satu pilihan anda? Pilihan anda bukan di kaki anda kerana bukan hati yang mengawalnya tetapi minda yang menentukannya.

Inilah coretan yang ingin saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda terhibur membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada segmen 'Madah Falsafah' ini.


KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA