BETUL KE TEMPAT NI TAK WUJUD?


Nota tambahan 1: Anda mungkin pernah dengar cerita yang lebih kurang berbunyi, “Aku pernah datang sini. Kat sinilah tempatnya. Betul. Semalam ada rumah/kedai. Memang kat sini. Aku pasti. Tapi kenapa pelik aje? Mana pergi rumah/kedai kat sini?” Pernahkah anda berhadapan dengan situasti itu? Untuk entri kali ini, saya persembahkan cerita yang berlegar di minda saya, Lokman Hakiem 360 a.k.a Luq dan rakan-rakan sekelas saya iaitu Dafi, Yana dan Ebit.

Pada suatu malam yang hening, Dafi menghantar satu kiriman SMS kepada Luq untuk mengajaknya keluar berkaraoke. Luq yang baru sahaja selesai mandi wangi-wangi menggunakan sabun Dettol segera bersetuju dan bersiap-siap. Dengan satu semburan perfume pelengkap jenama Gatsby, Luq segera melangkah keluar dari dengan terlupa menutup kipas bilik tanpa rasa bersalah.

     Di bawah, di dalam kereta, Dafi dan Yana sudah menanti.

     “Yana, call Luq. Dafi tak ada kreditlah.”

     Yana menekan pad telefon bimbit model Nokia miliknya, mendail nombor telefon bimbit Luq tanpa sebarang bicara. Luq yang sedang melangkah terdengar deringan telefon bimbitnya yang mengumandangkan lagu Danza Kudoro nyanyian Don Omar. Tanpa berlengah, Luq segara mengangkat panggilan tersebut.

     “Hello?” Luq memulakan bicara.

     “Hello. Ni Luq kan?” Yana memberi respon.

     “Luqlah ni. Siapa lagi. Yana kat mana?”

     “Kat bawah ni. Nampak tak tangan yang tengah melambai-lambai?”

     “Oohh.. ok!”

     Luq mempercepatkan langkahnya. Sebaik sahaja sampai ke kereta bukan jenis Kacil, tetapi mungkin Myvi atau Viva (terlupa jenisnya) yang pasti itu merupakan sebuah kereta sewa, Luq terus membuka pintu dan duduk di bahagian belakang.

     “Dafi, mana port kita hari ni? Kalau mahal-mahal tak mampu aku. Dah pokai,” ujar Luq.

     “Kita karaoke kat tempat si Yana ni,” balas Dafi sambil memandu kereta sewa yang dibawanya itu keluar dari Kolej Bunga raya.

     “Kat Everise tu ke?”

     “Mana kau tahu ni?”

     “Ebit pernah cerita kat aku.”

      Dafi mengangguk tanda faham. Dafi memutarkan stering kereta dan membelok masuk ke Kolej Cempaka. Kereta dihentikan di suatu sudut.

     “Tunggu Ebit kejap.” Dafi membetulkan cermin sisi keretanya sambil mengintai kelibat Ebit.
Ebit mulai muncul dalam pandangan.

     “Amboi, pakai baju macam nak pergi ABP (Anugerah Bintang Popular),” Luq memberi komen.

     “Haa.. tulah pasal,” sampuk Yana.

     Ebit melangkah dengan lengok ibarat Ratu Kebaya Kampung Sebayor tahun 1932. Kaki dan tangannya berayun ke kiri dan kanan silih berganti.

     “Hai, semua. Sorry, Mak Jemah lambat sikit.”

     Dafi memasukkan gear reverse dan, “Jom kita jalan!”

     Luq, Yana dan Ebit secara serentak, “Joooommmmmm..!!!!!!!”

     Perjalanan pada malam itu bermula dengan baik. Suasana dalam kereta begitu ceria. Antara topik yang diperbualkan adalah seperti :

1.      Kenangan ketika mula masuk ke UNIMAS pada hari pertama.
2.      Nama-nama gerangan budak kelas yang disukai, ditidak sukai, diminati, dibenci, dimenyampahi.
3.      Nama-nama pensyarah yang kekal dalam ingatan serta watak masing-masing
4.      Dan segala yang baik adalah dipuji.
5.      Segala yang buruk, maaflah kami kutuk. (Sekadar suka-suka dan habis di dalam kereta sahaja.)

     “Eh, nak pergi mana ni?” soal Ebit.

     “Everiselah,” jawab Dafi.

     “Everise bukan masuk Jalan BDC ke?” soal Yana dipertengahan.

     “Ha’ahlah. Kat sana,” Luq turut tidak lepas bersuara.

     “Kenapa tak cakap awal-awal? Tak apalah. Kita pusing kat depan sana,” ujar Dafi.

     “Manalah aku tahu.” Ebit menamatkan bicara isu terlepas jalan.

     Kira-kira 5 minit kemudian, Dafi melimpasi Jalan BDC. “Kat mana ni?”

     Ebit memandang di kiri dan kanan, “Depan sikit lagi dekat trafic light tu.”

     Dafi terus meluru ke hadapan dengan pemanduan berhemahnya itu (sebab pakai tali pinggang keledar) dan membelok ke kanan. Mata Dafi mula melilau mencari parking.

     “Kat sini tak boleh masuk ke?” soal Yana yang ketika itu terpandang satu ruang kosong.

     “Tak dapatlah. Tengoklah dia parking macam mana. Macam tempat bapak dia yang punya!” dengus Dafi tanpa hingus.

     Selang beberapa saat kemudian, “Haaaa.. tu dia. Bakal jadi port kita. Kereta depan tu dah nak chow,” ujar Luq dengan riang.

     Sebaik sahaja, kereta yang disasarkan itu beredar, Dafi terus masuk untuk parking.

     “Tak apa ke parking senget macam ni?” Ebit bersuara tanda tidak berapa puas hati.

     “Tak apalah. Sekarang masa kita pula buat macam tempat parking bapak kita,” Luq berseloroh.

     Semua ketawa dan berjalan menuju ke pintu masuk Everise. Di suatu sudut kiri, kelihatan seorang lelaki tua buta sedang bermain keyboard dan menyanyi. Walaupun buta namun Tuhan anugerahkan dia bakat yang mungkin tidak dimiliki oleh orang biasa. Si buta cekap bermain keyboard dengan sedap tanpa kesalahan. Mampukah si celik hebat seperti dia? Persoalan itu dibiarkan tenggelam di arus masa.

     “Yeah, kita dah sampai ke tempat karaoke. Mana orang yang jaga ni?” Ebit mengintai di setiap arah dan sudut.

     “Hai dan selamat datang,” ujar penjaga pusat karaoke di Everise itu.

     “Kak, kami nak booking bilik karaoke untuk 2 jam. Kami pilih pakej yang ni, ya,” sambil Dafi menunjukkan tanda harga RM 43 / 2 jam.

     “Ok, boleh.”

     Selesai sahaja Dafi dan Yana membuat pembayaran, si penjaga pusat karaoke di Everise membawa keempat-empat manusia yang bernama Luq, Dafi, Ebit dan Yana ke sebuah bilik yang bernombor 70 dan tertera nama Elvis Presley (maaf kalau ejaannya salah).

     Di bilik itulah masing-masing menyanyi dan persembahkan vokal masing-masing. VOKAL BUKAN  SEKADAR RUPA. Antara lagu-lagu yang sempat dinyanyikan adalah seperti :

1.      Kehebatan Cinta
2.      Terharu
3.      Bara
4.      Dan entah lagu apa lagi (lupa).

     Ketika tiba giliran Luq untuk menyanyi lagu yang juga entah lagu yang ke berapa tetapi ketika itu adalah giliran lagu Apokalips dendangan M. Nasir, sempat habiskan rangkap pertama, tiba-tiba, komputer di pusat karaoke berkenaan mengalami masalah dan lagu terhenti. Skrin hitam terpapar.
Luq, Dafi dan Yana keluar ke kaunter untuk melaporkan masalah yang berlaku.

     ♫ Menunggu sesuatu yang amat membebalkan bagiku ♫.

     Kira-kira lebih 5 minit menunggu, barulah muncul seorang lagi penjaga pusat karaoke yang baru pulang dari tandas mungkin.

     “Kak, bilik 70 ada masalah,” ujar Yana.

     “Saya akan tengok,” balas si penjaga pusat karaoke berkenaan.

     Luq, Dafi dan Yana mengekori si penjaga pusat karaoke berkenaan. Mestilah dari arah belakang. Si penjaga pusat karaoke berkenaan seolah-olah meneliti sesuatu.

     “Maaflah, dik. Ada problem ni. Macam nilah. Sekarang semua bilik dah penuh. Kalau ada kosong pun, rosak sama macam bilik ni. Apa kata saya pulangkan duit balik?” soal si penjaga pusat karaoke berkenaan.

     “Oklah,” balas Ebit dengan pendek.

     Si penjaga pusat karaoke berkenaan memulangkan kembali wang tanpa wajah yang ada perasaan. Luq, Dafi, Ebit dan Yana melewati premis tersebut dengan penuh rasa hampa.

     “Nak karaoke kat mana ni? The Spring mahal.” Dafi mengajukan soalan.

     “Aku ada tahu satu tempat tapi aku tak pernah masuklah kat tempat karaoke tu. Aku just pernah macam ternampak kat situ ada tempat karaoke.” Luq memberi cadangan.

     “Kita pergi ajelah. Kat mana tu?”

     “Kat Kuchinglah. Area !@#$%^&*()_+. Itu pun kalau tak silap akulah.”

     “Kita pergi tengok jom.”

     Kereta sewa yang disewa meninggalkan bangunan Everise di Jalan BDC. Trafic light dibolosi, selekoh jalan dirempuhi dan akhirnya mereka tiba di lokasi yang dimaksudkan.

     “Inilah tempatnya kalau tak silap aku.” Luq keluar dari kereta dan menutup pintunya dengan perlahan.
Mereka berempat menaiki satu per satu anak tangga yang ada untuk memasuki premis berkenaan. Lampu kusam menerangi suasana.

     “Betul ke ini tempatnya? Lain macam aje,” Yana menerbitkan rasa yang terpendam.

Luq yang mengetuai pada saat itu menghentikan tapaknya di kaunter. Luq memandang sekeliling. Gelap. Itulah yang tergambar. Suasana suram. Susun atur dalam pusat karaoke berkenaan tak ubah seperti era 60-an yang terdapat dalam filem-filem hitam putih. Sudahlah tiada orang lain, hanya mereka berempat namun hal itu tidak dipersoal dan didiamkan sahaja.

     Dalam suasana kelam tersebut, muncul seorang lelaki tua Cina dari suatu sudut. Mereka terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Sudahlah tidak bagi salam (memanglah, dia bukan Islam pun). Luq membuat anggapan bahawa lelaki itu pemilik pusat karaoke berkenaan.

     “Tauke, sini karaoke kira macam mana?”

     “Kira jam punya.”

     “Sejam berapa?”

     “Sejam RM30.”

     “Macam mana Dafi?” Luq menoleh ke belakang memandang Dafi

     “On ajelah,” ujar Dafi sambil mengeluarkan dompetnya.

     Pembayaran telah dibuat. Kami dibawa ke sebuah bilik yang terletak di hujung bangunan. Sepanjang langkah menuju ke bilik tersebut, bulu roma mereka meremang tiba-tiba. Mereka hanya diam. Sebaik sahaja masuk ke bilik tersebut, satu bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung kami. Mahu berpatah balik, pembayaran sudah dibuat. Terpaksa layankan sahajalah.

     Bau bilik berkenaan memang menunjukkan bahawa bilik berkenaan seolah-olah langsung tidak pernah dimasuki orang lagi. Bau seperti bilik lama yang telah ditinggalkan. Mereka memandang ke kiri, kanan, atas dan bawah dan Ebit membuat muka rasa kurang selesa.

     “Ini remotenya,” ujar lelaki tua Cina itu sambil meletakkan remote di atas meja dan meninggalkan bilik berkenaan tanpa senyuman.

     “Apa lagi, pilihlah lagu.” Luq cuba menceriakan keadaan yang serba suram itu.

     Mereka mula cuba mencari dan memilih lagu-lagu untuk dinyanyikan namun semua koleksi yang ada semuanya lagu-lagu lama. Lagu-lagu era 60-an pastinya ada. Senang cerita lagu-lagu baru tahun 2012 macam lagu Idola nyanyian Azlan & The Typewriter atau lagu baru seperti Drama King nyanyian Black memang tiada. Lagu Mamat Exist berjudul Yang Tinggal pun tiada dalam koleksi.

     Oleh sebab tidak mahu membuang masa, mereka memilih sahaja mana-mana lagu yang ada. Mujurlah mereka membesar di ruang alaf 21. Dapat juga mereka menyanyikan lagu-lagu lama yang sentiasa evergreen yang mereka ketahui.

     Satu jam telah berakhir. Mereka keluar dari pusat karaoke berkenaan. Walau bagaimanapun, kelibat lelaki tua Cina itu tidak kelihatan sewaktu mereka menuju ke kereta. Lelaki tua Cina itu tiada dalam pandangan sewaktu mereka menoleh ke belakang.

     "Kita makan kat Satok, jom. Ada satu kedai ni makanannya sedap," pinta Ebit.

      Tanpa membuang masa, mereka terus menuju ke Satok untuk melepak sambil menjamu selera di Restoren Tom Yam Goong (macam nama filem lakonan Tony Jaa selepas filem Ong Bak kan?). 
     
     Sepanjang perjalanan itu, Ebit masih terbayang suasana pusat karaoke yang dilewati mereka itu. Ebit cuba memejamkan matanya untuk melupakan dan menghilangkan gambaran pusata karaoke tersebut. Sebaik sahaja tiba di Restoren Tom Yam Goong, mereka memesan makanan untuk mengisi perut.

     Dalam rancak berbual, Ebit dan Dafi tiba-tiba didatangi rasa seram sejuk. Seolah-olah ada sesuatu yang mengikut. Untuk menghilangkan rasa gentar itu, Ebit memakan nasi lebih daripada 8 pinggan dan Dafi meneguk air suam berulang kali. Luq dan Yana terkaku melihat tingkah laku mereka. Selepas itu, keadaaan kembali pulih. Dafi dan Ebit kembali berperangai seperti biasa dan kembali rancak berbicara. Sekitar jam 12, mereka bergerak meninggalkan restoren tersebut untuk pulang ke UNIMAS.

     Selang beberapa hari kemudian, mereka ingin ke tempat karaoke itu sekali lagi namun mereka mendapati premis berkenaan kosong dan berhabuk.

     “Kak, tempat karaoke ni dah tutup ke?” Yana mengajukan soalan kepada seorang individu yang bekerja di bawah pusat karaoke itu.

     “Dik, setahu akak, pusat karaoke yang adik tunjuk yang kat sini dah 10 tahun dah tutup. Mana ada karaoke kat sini,” ujar individu tersebut dengan wajah selamba.

     “Hahhhh..!!!” semua terbeliak dan bagaikan tidak percaya.

     ♫ Hatiku, hatimu – Slot Akasia TV3 setiap kali tiba babak klimaks di akhir cerita (kedudukan tangan perlulah berada di paras dada dan digerakkan naik ke atas melepasi mata dan muka) – Hatiku, hatimu ♫.

Nota tambahan 2 : Lokasi dan nama individu yang ditemui terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Percaya atau tidak, terpulang pada anda kerana ini adalah entri yang saya terbitkan untuk kali ini setelah berbincang dengan Yana, Ebit dan Dafi iaitu sahabat-sahabat saya yang turut ada bersama saya ketika itu terlebih dahulu. Biasa dengar cerita tentang rumah/kedai waktu malam ada, selang beberapa hari pergi, rumah/kedai itu sudah tiada. Pusat karaoke pun ada ke?

Jadi inilah sahaja coretan yang saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda membaca blog saya yang tidak seberapa ini dengan perasaan anda tersendiri. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada blog ini.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Luqman Akyem ®

Ulasan

Hanif Ahmad berkata…
cerita benar ke?.. mcm menarik je..
Lokman Hakiem berkata…
try la cari kat kuching..lalala..kalo jumpa,peluang la tu..
jeng,jeng,jeng..
yanashii berkata…
hahaha correction Luq...my phone is NOKIA not SONY ERICsSON as u mention be4...heheheheh PEACE ^_^
Tanpa Nama berkata…
kat mane tmpt tu???cam best jer..
Tanpa Nama berkata…
everise pon ade karok ke?

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA