Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

BETUL KE TEMPAT NI TAK WUJUD?

Nota tambahan 1: Anda mungkin pernah dengar cerita yang lebih kurang berbunyi, “Aku pernah datang sini. Kat sinilah tempatnya. Betul. Semalam ada rumah/kedai. Memang kat sini. Aku pasti. Tapi kenapa pelik aje? Mana pergi rumah/kedai kat sini?” Pernahkah anda berhadapan dengan situasti itu? Untuk entri kali ini, saya persembahkan cerita yang berlegar di minda saya, Lokman Hakiem 360 a.k.a Luq dan rakan-rakan sekelas saya iaitu Dafi, Yana dan Ebit.
Pada suatu malam yang hening, Dafi menghantar satu kiriman SMS kepada Luq untuk mengajaknya keluar berkaraoke. Luq yang baru sahaja selesai mandi wangi-wangi menggunakan sabun Dettol segera bersetuju dan bersiap-siap. Dengan satu semburan perfume pelengkap jenama Gatsby, Luq segera melangkah keluar dari dengan terlupa menutup kipas bilik tanpa rasa bersalah.
     Di bawah, di dalam kereta, Dafi dan Yana sudah menanti.
     “Yana, call Luq. Dafi tak ada kreditlah.”
     Yana menekan pad telefon bimbit model Nokia miliknya, mendail nombor telefon b…

MADAH FALSAFAH

Imej
Dalam perhubungan, kalau ada masalah jangan jadikan ia sebagai suatu alasan kerana alasan itulah punca perpisahan. Saya bertegas dengan madah falsafah saya ini kerana saya rasa tidak perlu wujud perpisahan. Bukankah pada awal anda dan si dia bertemu dan merasai kemanisan cinta, pelbagai janji yang entah apa-apa telah anda kotakan? Telah anda lafazkan? Telah anda julangkan? Bukankah begitu? TIDAK PERNAH???? Bohong, dusta, dan tipu. Paling kurang mesti ada anda nyatakan, "Saya janji takkan tinggalkan awak." Betul tak?
     Dalam perhubungan, sekiranya semua perkara mesti harus manis, tidak seronoklah nanti. Mesti ada dan wajib ada masam, manis, pahit, kelat, rasa sabun dan sebagainya barulah seronok. Bukan saya suruh anda bergaduh dengan pasangan anda. Tidak. Bukan. Bagi saya lebih baik ada konflik daripada hipokrit kerana perkara itu akan mematangkan kita dan membuat kita berfikir di samping kita terbit rasa  menghargai pasangan kita. Setiap percintaan di dunia ini ada dua sko…

JA-KET (PROJEK 1)

http://www.youtube.com/watch?v=14ivpUjkEkM&feature=youtu.be
Ini adalah satu projek terbaru daripada El Hesh Indie Moving Production yang dinamakan sebagai Ja-Ket (Jangan Ketawa). Untuk projek pertama ini, sesi projek telah dijalankan di sekitar bandar Kuching, Sarawak.
Selamat Menonton.