SEMUANYA PERLU

Kini saya dihantui dengan bayangan “Harus Menyiapkan Kerja”.



Seminggu cuti pertengahan semester bagi golongan penuntut Ijazah Sarjana Muda sudah pun berlalu. Hari ini masuk hari keempat minggu pembelajaran bermula namun minda saya masih kusut. Kusut dan bercelaru. Nak salahkan sesiapa pun tidak boleh, apatah lagi diri saya, kerana ini semua tanggungjawab yang perlu saya jalankan. Lihatlah antara kerja-kerja yang perlu saya siapkan.


Susah mana pun atau berat mana pun risikonya, saya perlu selesaikan segala tugasan yang ada pada diri saya walaupun otak saya kini terpecah kepada 6 bahagian:


 1)      Perlu menyiapkan boarang soal selidik yang tebal-tebal begitu
 2)      Perlu selesaikan tugasan kumpulan iaitu laporan laman web untuk TMX dan Ekonomi
 3)      Perlu membuat laman web untuk markah kumpulan
 4)      Perlu mesyuarat Badan Kebudayaan UNIMAS (BAYU) untuk Annual Grand Meeting
 5)      Perlu hadiri latihan Drama & Teater untuk Hari Terbuka Kolej Bunga Raya UNIMAS
 6)      Di mana saya perlu cari tanah liat untuk saya samak kasut saya yang digigit dan dibawa lari oleh anjing ketika saya membuat kajian baru-baru ini?!

(Saya tanggalkan kasut. Maklumlah, masuk rumah orang. Anjing milik tuan rumah itu boleh naik ke tangga dan berbuat demikian? Tergamam saya. Nasib baik anak tuan rumah tersebut mengejar anjing tersebut dan mendapatkan semula kasut saya. Sampai ke hari ini saya masih ke kelas dengan memakai selipar.)

Semuanya PERLU! Walau bagaimana pun, saya anggap semua ini sebagai cara untuk saya lebih efisienkan diri saya pada masa hadapan untuk segala perkara dan aspek. Yang penting, tiada perkara yang mustahil atau sukar untuk dilakukan jika kita anggap ia sebagai suatu cabaran yang ekstreem.

Jadi inilah sahaja coretan yang mampu saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda terhibur membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada segmen 'CERITA MINDA' dalam zon blog ini.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA