Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

SUATU HARI NANTI

http://www.youtube.com/watch?v=UZOeD_x9T4M&feature=youtu.be
Ini lagu ciptaan saya sendiri. Sekadar suka-suka sahaja. Maaf kerana kualiti rakaman rendah. Rakam guna telefon bimbit sahaja. Walau bagaimana pun, dalam lagu, bukankah mesejnya lagi penting?

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360®

MR. LAST MINUTES

http://www.youtube.com/watch?v=y24TNPUwVm0
Sering membuat kerja saat akhir? Andalah Mr. Last Minutes! Bagus ke buat kerja di saat-saat akhir? Saya rasa bagus kerana pada masa itulah baru neuron-neuron otak berkembang dan mula merangsang untuk berfikir.  Kalau awal-awal, otak macam beku sahaja, pun tiada guna. Satu kajian peribadi saya yang saya jalankan, saya lihat masyarakat manusia di Malaysia seolah-olah gemar hidup dalam keadaan tertekan. Mana tidaknya, sudah tertekan, baru pandai mahu buat kerja. Apa pun pandangan anda, apa pun komen anda, itu terpulang kepada masing-masing untuk menilai atau mengubah. :-)
Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang sudi melayari blog saya ini. Terima kasih dan selamat menonton!
KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360®

KENAPA PERLU ADA "ERR.. ERR.. ERR..?"

http://www.youtube.com/watch?v=5NZe6M0ZBhI
Setiap kali jika ditanya atau bercakap untuk tujuan formal, tak kiralah berbicara tentang mana-mana isu atau perkara sekali pun, pasti kita sebagai manusia yang ada telinga mendengar orang yang sedang bercakap itu memasukkan kalimah-kalimah tambahan seperti "err.. err.. er..". Saya namakan sebutan itu sebagai jeda suara. Walau bagaimanapun, haruskah jeda suara itu menjadi tabiat dalam komunikasi kita? Jawapan itu ada pada anda.
Sebelum mengundurkan diri, saya Lokman Hakiem 360 mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa di blog saya ini. Selamat menonton!
KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360®

SEMUANYA PERLU

Imej
Kini saya dihantui dengan bayangan “Harus Menyiapkan Kerja”.


Seminggu cuti pertengahan semester bagi golongan penuntut Ijazah Sarjana Muda sudah pun berlalu. Hari ini masuk hari keempat minggu pembelajaran bermula namun minda saya masih kusut. Kusut dan bercelaru. Nak salahkan sesiapa pun tidak boleh, apatah lagi diri saya, kerana ini semua tanggungjawab yang perlu saya jalankan. Lihatlah antara kerja-kerja yang perlu saya siapkan.

Susah mana pun atau berat mana pun risikonya, saya perlu selesaikan segala tugasan yang ada pada diri saya walaupun otak saya kini terpecah kepada 6 bahagian:

 1)Perlu menyiapkan boarang soal selidik yang tebal-tebal begitu  2)Perlu selesaikan tugasan kumpulan iaitu laporan laman web untuk TMX dan Ekonomi  3)Perlu membuat laman web untuk markah kumpulan  4)Perlu mesyuarat Badan Kebudayaan UNIMAS (BAYU) untuk Annual Grand Meeting  5)Perlu hadiri latihan Drama & Teater untuk Hari Terbuka Kolej Bunga Raya UNIMAS  6)Di mana saya perlu cari tanah liat untuk saya sam…

LMFAO JUNIOR : IM SEXY AND IM KNOW IT

Imej
Sekadar Gambar : Gambar ini saya sempat ambil ketika saya berkunjung ke sebuah rumah panjang di Kampung Stoh daerah Lundu negeri Sarawak dalam projek menyiapkan tugasan tentang kajian sosio-ekonomi untuk tujuan pendidikan di UNIMAS.