SEDETIK @ PANTAI DAMAI, SANTUBONG


Perancangan yang tiba-tiba untuk ke Pantai Damai, Santubong menjadi pilihan bagi saya, Lokman Hakiem 360 dan 3 orang lagi sahabat saya iaitu Roby, Dafi dan Aziz setelah pulang dari Lundu. Perjalanan perantauan saya dan sahabat-sahabat saya dari Kota Samarahan, UNIMAS yang pastinya sehinggalah ke Lundu semata-mata untuk mencari lokasi kajian tugasan luar kami dihadiahkan dengan rasa mengantuk dan kepenatan. Mana tidaknya, dua jam kaku di dalam kereta walaupun mulut masing-masing becok mengutuk, mentertawa dan bergosip. (kami bercerita tentang toplist kategori lelaki poyo, muka macam playboy, ada gaya jadi gangster, ada bakat jadi ustaz,wanita cantik dan nampak sopan serta ganas dan brutal yang ada di dalam kelas kami! Tak lupa juga pensyarah kami yang menjadi mangsa. Kena yang baik, alhamdulillah. Kena yang terkutuk, maaf diucapkan.) Hehe..



     Di sepanjang perjalanan tersebut (semata-mata untuk menghabiskan minyak kereta), perut saya dan sahabat-sahabat yang kelaparan meraung-raung minta diisi dengan makanan. Sampai sahaja di Pantai Damai, Santubong kami segera mencari lokasi untuk menjamu selera. Satu bangunan yang terletak berhampiran pantai menjadi sasaran kami. Nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, mee goreng dan tom yam. Makanan jenis inilah yang telah menjadi santapan perut kami yang suci ini.

     Kenyang sahaja perut kami, sekitar jam 5 petang, kami mula melangkah kami dan melepak di tepi pantai. Membiarkan diri dirembasi angin pantai semula jadi. Lantas jari-jemari perlahan meraba seluar. Disentuh perlahan-lahan dan terus menuju ke poket. Di saat itulah, masing-masing mengeluarkan handphone dan Snap! Snap! Snap! Kami mula bergambar.









Selepas itu, tiba giliran saya pula yang bertindak sebagai jurukamera kepada sahabat-sahabat saya. Dengan menggunakan handphone Samsung Corby GT-S3850, saya terus Snap! gambar sahabat-sahabat saya ini. Bermula daripada kiri, sahabat saya yang pertama bernama Roby (berasal dari daerah yang sama, Batu Pahat, Johor), yang kedua bernama Dafi (berasal dari Sabah) dan yang ketiga Aziz (berasal dari Kelantan).



Selain mengambil gambar-gambar  manusia, saya juga gemar mengambil gambar-gambar pemandangan alam semula jadi. Jadi, di kesempatan masa yang dimiliki, gambar-gambar di bawah ini menjadi objek untuk saya fokuskan dalam lensa kamera 2.0 megapixel.


Gunung Santubong (1)

                     

Gunung Santubong (2)


Pantai Damai (1)


Pantai Damai (2)


Pantai Damai (3)


Pantai Damai (4)

Setelah selesai bergambar, saya dan sahabat-sahabat saya bersedia untuk bergerak pulang ke UNIMAS. Mata pun sudah mengantuk, badan pun dah meminta untuk dimandikan.


Jadi inilah sahaja coretan yang mampu saya kongsi untuk ruangan entri kali ini. Semoga anda terhibur membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Sebelum mengakhiri penulisan ini, salam mesra dan terima kasih daripada saya, Lokman Hakiem 360 kerana sudi menumpukan mata anda pada segmen 'SEDETIK' dalam zon blog "Luq Ada Cerita".

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA