PENGHUNI TAK DIUNDANG


Semalam hujan lebat sehingga kesejukannya mencengkam tulang hitam di tubuh saya. Dalam ketika hujan lebat itu, saya dan rakan-rakan serumah yang lain mendengar bunyi yang agak pelik di sebuah bilik kosong yang tidak berpenghuni. Bukan setakat agak pelik tetapi memang peliklah! Bunyi seperti ada makhluk mencakar-cakar tilam, kemudian seolah-olah bermain di dalam almari yang terdapat dalam bilik tersebut.

     Kami berfikir dan terfikir, mustahil Jerangkung Dalam Almari. Kami diam dan cuba mengamati bunyi tersebut. Tidak lama bunyi tersebut hilang seperti dibawa pergi oleh hujan malam. Walau bagaimanapun, sangkaan kami meleset. Tidak sampai 23 minit kemudian, bunyi seperti ada makhluk bermain dalam almari kembali membuntukan kami. Cerita ini benar, bukan rekaan.

     “Gedegannnggggggg!!!!!!”

     Bunyi daun pintu yang menghempas dirinya pula menerjah ke telinga kami. Jujur kami terkejut. Tambahan pula dentuman guruh kuat menyusul kemudian. Saya dan rakan-rakan serumah cuba berfikiran positif. Angin barang kali. Hanya itu mampu dibisikkan dalam diri untuk menenangkan situasi.

     Malam semalam saya dan rakan-rakan serumah biarkan berlalu. Malas mahu fikirkan tentang segala macam hal yang mungkin orang berkata, ada makhluk cuba mengganggu.

     Matahari menjelmakan dirinya di pagi hari. Ketika saya melangkah keluar daripada bilik saya untuk mandi, saya lihat pintu bilik yang tidak berpenghuni itu terbuka. Atas dasar ingin tahu, saya menolak daun pintu tersebut dan melihat ..................

Dan melihat ..........

Dan melihat ..........

Dan melihat ..........

Dan melihat ..........

Dan melihat ..........

SEEKOR KUCING BUKAN MAIN SEDAP LANDING ATAS KATIL. Celaka! Hanya itu yang terucap di bibir yang berdebu ini. Astaghfirullahalazim. Bibir yang berdebu disucikan kembali. Entah apa yang kucing ini buat semalam.


     Saya kenal kucing ini. Antara saya dan dia, ada dendam yang tersimpan. Ini cerita lain. Wajah dan badan kucing ini saya tidak akan lupa sampai bila-bila. Saya akan ingat sampai bila-bila bersama dendam kerana kucing inilah yang makan ikan bilis yang saya beli untuk dimasak. Satu plastik habis! Rezeki awaklah kucing.

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

iamvlary berkata…
awhhhh sgt comel oh kucing tu!!!!
Lokman Hakiem berkata…
hehe..comel n besar..hari2 makan batang pisang..hehe..
iamvlary berkata…
untunglaaaa ada kucing dlm rumah!! arg. tapi kan kenapa bilik ni kosong??
Lokman Hakiem berkata…
memang xde penghuni..nak sewa ke?hehe..
zizie berkata…
WAT SASPEN JE.. HAHA
Tanpa Nama berkata…
eh,,knal kucing nie...nma die fatimah...
Lokman Hakiem berkata…
fatimah ea..fatimah binti roslan?hehe
Tanpa Nama berkata…
kelakor jer.. ngan kucing pown nk b'dendam bgai.. hahah :p

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA