DI ZAMAN PERSEKOLAHAN


SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, 86100, Batu pahat, Johor pernah menjadi lokasi kedatangan program anjuran daripada Kelab Remaja Jemaah Islamiah Malaysia atau lebih diingati dengan panggilan KRJ pada tahun 2010. Ketika itu Lokman Hakiem 360 menuntut di tahun akhir dalam Tingkatan 6 (padahal setahun setengah je) di sekolah tersebut.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam di SMK Datuk Menteri itu menyasarkan kelompok para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan seperti PMR, SPM dan STPM untuk menyertainya. Program yang dianjurkan oleh KRJ sememangnya agak baik kerana mempunyai pengisian tersendiri yang berbentuk jasmani dan kerohanian.

Jadi seperti biasalah, program sebegini pastinya ada coretan tersendiri. Daripada aksi ketawa pecah perut di hari pertama sehinggalah drama airmata di bawa di malam hari. Disambut pula dengan kedatangan ibu bapa pada hari terakhir program  tersebut, semakin menjadi-jadilah babak sedih dalam kalangan pelajar. Boleh dikatakan yang terjal pun boleh jadi alim sewaktu mengikuti program ini. Yang muka ketat dan poyo melampau pun boleh jatuh egonya tetapi semua itu hanya sementara. Tak lama kemudian, perangai lama kembali bertaut yang pasti. J

Apa-apa pun, selamat menonton secebis coretan memori daripada Lokman Hakiem 360 sewaktu zaman persekolahannya dahulu. Lihatlah betapa skemanya Lokman Hakiem 360 sewaktu dahulu ketika menjadi ketua pengawas. Selamat menonton!


Ini rakaman video pertama. Waktu bersuka-ria. Lihatlah Lokman Hakiem 360 ketika zaman persekolahannya dahulu. Seorang ketua pengawas yang gila-gila dan skema. Maklumlah terpaksa ikut protokol. Jadi ketua pengawas bukan boleh buat sesuka hati. :-)

video

Ini rakaman video kedua. Aktiviti 'Army Yells' dilakukan dengan konsep menanam sikap kerjasama dan kerja berpasukan.

video

Ini rakaman video ketiga. Cerita tentang sahabat dalam skop pengorbanan dan kisah duka disampaikan. Waktu inilah ada seorang hamba Allah yang sering lagak gangster sebelum ini tiba-tiba menangis kerana sahabatnya. Alhamdulillah, beliau masih seorang manusia yang berperasaan. :-)

video

Ini rakaman video keempat. Hari terakhir. Ibu bapa pelajar datang. Menangislah si anak di bahu, dalam pelukan, dan juga di riba si ibu bapa masing-masing memohon maaf atas kesilapan yang mungkin telah dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

video


KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA