Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

Imej
Salam pembaca semua! Bertemu sekali kita bersama saya, Lokman Hakiem 360 dalam Zon Aktiviti. Baru-baru ini saya dan rakan-rakan seuniversiti saya ada menjalankan satu aktiviti lasak iaitu pendakian Gunung Gading di Lundu, Sarawak. Oleh kerana perjalanan daripada UNIMAS ke Gunung Gading memakan masa sekitar 2 jam, kami bertolak di awal pagi pada 17 Mac 2012.

     Ketika itu, embun dingin masih ganas mencengkam tubuh semua orang. Bermula dari jam 3 pagi agaknya, bukan hanya seorang, tetapi lebih daripada 3 orang. Masing-masing ada misi yang harus dijalankan. Misi OPS! Kej EL Hesh 360 (Operasi Kejutkan Lokman Hakiem 360) bermula!
     Jari-jemari nekad menekan key pad telefon bimbit, sama ada kredit ditelan Celcom atau berjaya diselamatkan, itu bukan penghalang kepada ‘Usaha Tangga Kejayaan’ untuk mengejutkan Lokman Hakiem 360 yang nyenyak tidur. Saya kalau sudah tidur, memang tidur mati. Sedangkan ringtone lagu Danza Kuduro nyanyian Don Omar yang menjadi salah satu lagu tema ‘Fast Five’…

PENGHUNI TAK DIUNDANG

Imej
Semalam hujan lebat sehingga kesejukannya mencengkam tulang hitam di tubuh saya. Dalam ketika hujan lebat itu, saya dan rakan-rakan serumah yang lain mendengar bunyi yang agak pelik di sebuah bilik kosong yang tidak berpenghuni. Bukan setakat agak pelik tetapi memang peliklah! Bunyi seperti ada makhluk mencakar-cakar tilam, kemudian seolah-olah bermain di dalam almari yang terdapat dalam bilik tersebut.
     Kami berfikir dan terfikir, mustahil Jerangkung Dalam Almari. Kami diam dan cuba mengamati bunyi tersebut. Tidak lama bunyi tersebut hilang seperti dibawa pergi oleh hujan malam. Walau bagaimanapun, sangkaan kami meleset. Tidak sampai 23 minit kemudian, bunyi seperti ada makhluk bermain dalam almari kembali membuntukan kami. Cerita ini benar, bukan rekaan.
     “Gedegannnggggggg!!!!!!”
     Bunyi daun pintu yang menghempas dirinya pula menerjah ke telinga kami. Jujur kami terkejut. Tambahan pula dentuman guruh kuat menyusul kemudian. Saya dan rakan-rakan serumah cuba berfikiran posit…

SEDETIK @ PANTAI DAMAI, SANTUBONG

Imej
Perancangan yang tiba-tiba untuk ke Pantai Damai, Santubong menjadi pilihan bagi saya, Lokman Hakiem 360 dan 3 orang lagi sahabat saya iaitu Roby, Dafi dan Aziz setelah pulang dari Lundu. Perjalanan perantauan saya dan sahabat-sahabat saya dari Kota Samarahan, UNIMAS yang pastinya sehinggalah ke Lundu semata-mata untuk mencari lokasi kajian tugasan luar kami dihadiahkan dengan rasa mengantuk dan kepenatan. Mana tidaknya, dua jam kaku di dalam kereta walaupun mulut masing-masing becok mengutuk, mentertawa dan bergosip. (kami bercerita tentang toplist kategori lelaki poyo, muka macam playboy, ada gaya jadi gangster, ada bakat jadi ustaz,wanita cantik dan nampak sopan serta ganas dan brutal yang ada di dalam kelas kami! Tak lupa juga pensyarah kami yang menjadi mangsa. Kena yang baik, alhamdulillah. Kena yang terkutuk, maaf diucapkan.) Hehe..


     Di sepanjang perjalanan tersebut (semata-mata untuk menghabiskan minyak kereta), perut saya dan sahabat-sahabat yang kelaparan meraung-raung mi…