MESEJ DI TANDAS MASJID


Baru-baru ini Lokman Hakiem ada berkunjung ke sebuah masjid. Sampai sahaja di sana, tiba-tiba Lokman Hakiem terasa nak buang air kecil. Jadi tanpa membuang masa, Lokman Hakiem pun berlari dengan pantas sambil melakukan aksi Parkour semata-mata untuk ke tandas sehinggakan Pak Imam di masjid tersebut terkejut dengan tingkah laku Lokman Hakiem yang berada di luar batasan itu (yang ini dusta).

     Sebaik sahaja masuk ke tandas yang terpilih (mengikut gerak hati yang suci ), Lokman Hakiem segera melepaskan hajatnya. Seteleh selesai sahaja kelakuannya itu, ketika Lokman Hakiem berpusing untuk keluar dari tandas yang terpilih itu, mata Lokman Hakiem terpandang satu karangan pendek terconteng di pintu belah dalam tandas tersebut.

     Di dalam tandas masjid pun ada orang berani menconteng! Wajarkah perbuatan menconteng berleluasa? Bagi Lokman Hakiem, kadang-kala perlu juga tetapi mengikut tempat walaupun di dalam tandas masjid kerana karangan pendek yang di conteng di pintu belah dalam tandas adalah berbunyi :


Wahai Tok Imam, Pak Bilal, AJK Masjid. Tolong jangan najiskan masjid yg indah ini. Sediakan selipar, kalau hilang ganti balik, sampai kiamat tak rugi. Selamatkan masjid ini dari najis tandas.


     Dalam fikiran Lokman Hakiem, mesti salah seorang daripada AJK Masjid itu juga masuk ke tandas yang terpilih tersebut dan melaporkan kepada orang tertinggi di masjid kerana ketika waktu Lokman Hakiem melawat tandas tersebut, sepasang selipar terpakai di kakinya. Pasti mereka menerima mesej dari hamba Allah S.W.T yang mencintai masjid. Alhamdulillah. Walaupun hanya menconteng pintu tandas masjid tersebut dengan sebatang pen bukannya marker atau spray namun mesejnya adalah penting.

     Kesimpulannya, sekiranya ada perkara yang manusia tidak berpuas hati atau ingin diperbaiki ke atas orang lain atau sesuatu, komunikasi secara penulisan adalah yang terbaik kerana si penerima pasti dapat membaca dan memahaminya berbanding komunikasi secara percakapan. Manalah tahu sekiranya ketika itu angin seseorang itu berada dalam keadaan tidak stabil dan kita pula cuba menyampaikan kelemahannya. Bertambah marak entiti dalam dirinya di saat bara kecil bergelumang menjadi api.

     Jadi, wajarkah kita menconteng di tempat sepatutnya dan meninggalkan mesej tertentu sekiranya ia dapat memberi keselesaan kepada orang lain walaupun perbuatan itru salah? Fikir-fikirkan.


KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA