ZON AKTIVITI @ DIRIKU SEORANG PENGAPIT


Perkahwinan tercipta apabila wujudnya ikatan dua hati di antara dua insan yang benar-benar ikhlas mencintai antara satu sama lain setelah belajar erti suka, rindu, kasih dan sayang. Bagaimana perasaan itu wujud? Jawapannya adalah subjektif. Tidak sesiapa pun akan ada jawapan yang sama. Yang pasti, kewujudan perasaan itulah yang mendorong diri untuk berani melamar pasangan untuk dimiliki dalam ikatan yang sah, suci dan tahan lama. Hehe..

     Baru-baru ini Lokman Hakiem pulang ke Kuala Terengganu iaitu tempat asal kelahirannya untuk muncul atau dalam bahasa yang sopan menghadiri sebuah majlis perkahwinan mak ciknya di Bukit Payong. Sebaik sahaja tiba di sana, Lokman Hakiem dengan rela hati dan ringan tulang membantu persiapan majlis perkahwinan mak ciknya setelah disuruh oleh emaknya. Disuruh baru nak buat.

     Walaupun Lokman Hakiem seorang lelaki yang tampak ganas dan gangster, mampu membunuh serangga dengan hanya satu jari sekiranya mengguna Shieldtox namun jauh di dalam dirinya tetap masih ada sifat-sifat tak kisah buat kerja dapur. Bukan apa, nanti kalau Lokman Hakiem dah kahwin pun, takkanlah dia tidak mahu tolong isterinya memasak di dapur. Nak jadi suami misali. Hehe.. Lihatlah gambar Lokman Hakiem yang diambil curi dari arah belakang. Dia langsung tidak sedar. Betapa begitu tekunnya beliau membasuh timun dan lobak merah untuk dibuat acar.


Ini adalah gambar datuk dan nenek Lokman Hakiem sebelah emaknya. Awas! Pengatin lama ini sedang mencuba pelamin baru.


Sila lihat dalam bulatan. Apa yang anda nampak? Kesian Lokman Hakiem. Mesti dia penat. (Tak guna betullah. Orang lain bersengkang mata penuhkan cenderamata, dia sedap-sedap mimpi Neelofa, Kilafairy, Liyana Jasmay dan Jue Aziz serta Adibah Noor dan Ruminah Sidek. Hehe..)


Tiba hari yang dinantikan, 11 Februari 2012 bersamaan 18 Rabiul Awal majlis perkahwinan bakal berlangsung. Itu dia Lokman Hakiem. Berdiri teguh dengan baju sponsor di sebelah penganti lelaki. Kali pertama menjadi pengapit. Dah tak lama lagi dah. Lagi 2,3,4,5,6,7,8,9 tahun insya’Allah tiba giliran Lokman Hakiem pula untuk berkawin. Hai, gatal nak berbini. Haha..



Mengikut adat perkahwinan Melayu, si pengantin perempuan iaitu mak cik Lokman Hakiem datanglah menjemput pihak si pengatin lelaki untuk naik ke rumah. Pasti berdebar-debar mereka berdua. Berpayung-payung gitu!


Kompang dipalu, pengantin baru. Kelepak kelepak, kelepung, kelepung. Direnjis, renjis, merenjis. Selamat pengantin baru kepada mak cik dan pak cik Lokman Hakiem. Semoga perhubungan mereka kekal untuk selama-lamanya di dunia dan akhirat.


Sedetik bergambar bersama keluarga.


Masa untuk makan beradab. Makan, jangan tak makan. Makan sampai kenyang.


Di majlis perkahwinan itu, ada satu perjanjian yang telah dibuat di hati oleh Lokman Hakiem. Apakah perjanjian di hati itu?


Jawapannya adalah ‘Masa Untuk Berkaraoke!’ Ada beran ka lu kasi nyanyi sama depan orang lain macam gua maa? Walaupun suara Lokman Hakiem bukan sehebat Ning Baizura apatah lagi Jaclynn Victor atau Jamal Abdillah namun apa yang dia kisah. Hehe..


Lagu Awie-Tragedi Oktober, Faizal Tahir-Sampai Syurga dan Mawi&M. Nasir – Lagu Jiwa Lagu Cinta menjadi pilihan Lokman Hakiem untuk dikaraokekan sebelum majlis perkahwinan tersebut berakhir.


     Penat, lapar dan mengantuk mula menghantui diri. Walau bagaimanapun, itu semua ditolak ke tepi. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.



      Lokman Hakiem punyai secebis kegembiraan dalam dirinya. Tersenyum melihat dua insan bersatu dalam ikatan perkahwinan sehinggakan dia sendiri pun tiba-tiba rasa tidak sabar untuk berkahwin. Penglibatannya dalam majlis perkahwinan mak ciknya tersebut memberi pengalaman tersendiri tambahan pula status ‘diriku 

seorang pengapit’ timbul di fikiran Lokman Hakiem untuk dijadikan cerita.



KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA