Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

CINTA SI IBU KUCING

Imej
Seekor ibu kucing yang sedang sarat bunting berjalan mundar-mandir tanpa arah tujuan di hadapan rumah Sofia. Si ibu kucing yang sedang sarat bunting itu baru sahaja dibuang oleh entah siapa tuan asalnya seolah-olah meminta simpati untuk menumpang di rumah tersebut. Dari raut wajahnya jelas si ibu kucing itu hampir tidak berdaya lagi untuk berdiri apatah lagi berjalan namun tetap digagahi jua.
     Puan Norma iaitu ibu kepada Sofia yang kebetulan keluar dari dapur rumahnya terpandang akan si ibu kucing itu dan si ibu kucing itu pun berhenti melangkah dengan tiba-tiba. Si ibu kucing itu merenung wajah Puan Norma dengan penuh harapan. Pandangannya sayu.
     “Ishh, kesian ibu kucing ni. Macam lapar aje. Dahlah tengah bunting. Baik aku bagi makan minum sikit,” ujar Puan Norma.
     Puan Norma terus mendekati si ibu kucing tersebut namun si ibu kucing tersebut kelihatan seolah-olah agak takut sedikit. Si ibu kucing mengundur beberapa langkah.
     “Miowww..” dengus si ibu kucing tersebut.
     …

MESEJ DI TANDAS MASJID

Imej
Baru-baru ini Lokman Hakiem ada berkunjung ke sebuah masjid. Sampai sahaja di sana, tiba-tiba Lokman Hakiem terasa nak buang air kecil. Jadi tanpa membuang masa, Lokman Hakiem pun berlari dengan pantas sambil melakukan aksi Parkour semata-mata untuk ke tandassehinggakan Pak Imam di masjid tersebut terkejut dengan tingkah laku Lokman Hakiem yang berada di luar batasan itu (yang ini dusta).
     Sebaik sahaja masuk ke tandas yang terpilih (mengikut gerak hati yang suci ), Lokman Hakiem segera melepaskan hajatnya. Seteleh selesai sahaja kelakuannya itu, ketika Lokman Hakiem berpusing untuk keluar dari tandas yang terpilih itu, mata Lokman Hakiem terpandang satu karangan pendek terconteng di pintu belah dalam tandas tersebut.
     Di dalam tandas masjid pun ada orang berani menconteng! Wajarkah perbuatan menconteng berleluasa? Bagi Lokman Hakiem, kadang-kala perlu juga tetapi mengikut tempat walaupun di dalam tandas masjid kerana karangan pendek yang di conteng di pintu belah dalam tandas a…

ZON AKTIVITI @ DIRIKU SEORANG PENGAPIT

Imej
Perkahwinan tercipta apabila wujudnya ikatan dua hati di antara dua insan yang benar-benar ikhlas mencintai antara satu sama lain setelah belajar erti suka, rindu, kasih dan sayang. Bagaimana perasaan itu wujud? Jawapannya adalah subjektif. Tidak sesiapa pun akan ada jawapan yang sama. Yang pasti, kewujudan perasaan itulah yang mendorong diri untuk berani melamar pasangan untuk dimiliki dalam ikatan yang sah, suci dan tahan lama. Hehe..
     Baru-baru ini Lokman Hakiem pulang ke Kuala Terengganu iaitu tempat asal kelahirannya untuk muncul atau dalam bahasa yang sopan menghadiri sebuah majlis perkahwinan mak ciknya di Bukit Payong. Sebaik sahaja tiba di sana, Lokman Hakiem dengan rela hati dan ringan tulang membantu persiapan majlis perkahwinan mak ciknya setelah disuruh oleh emaknya. Disuruh baru nak buat.
     Walaupun Lokman Hakiem seorang lelaki yang tampak ganas dan gangster, mampu membunuh serangga dengan hanya satu jari sekiranya mengguna Shieldtox namun jauh di dalam dirinya teta…