MATI KATAK


“Namaku Katakie. Seekor katak yang hebat melompat. Tiada katak yang lain pun mampu menandingi aku,” bisik Katakie sambil melompat-lompat.

     “Katakie!” jerit seekor katak betina.

     Katakie yang turut dikenali sebagai kaki betina segera mendekati katak betina jelita yang bernama Frogy. Katakie sering merasakan bahawa dia adalah katak yang paling kacak. Kalah wajah artis manusia iaitu Jalaluddin Hassan.

     “Ya, sayang. Ada apa-apa you panggil i ni?”

     “I nak ajak you datinglah. Boleh?”

     “Boleh, tak ada masalah. Bila tu sayang?”

     “Esok pagi?”

     “Esok pagi? Ok. Jadi, you nak i pakai macammana?”

     “You, kitakan katak. Even i jelita and you kacak sekali pun, kita mana boleh dress up macam Kilafairy and Fahrin Ahmad. Lagi pun, dalam dunia katak, mana ada baju.”

     “Opss.. Maaf. Kadang-kadang i terasa i dah macam Remy Ishak. Maklumlah, i kan kacak.”
Frogy Si katak betina tadi terus membuat gaya meletakkan tangan di bahu, julingkan mata ke atas dan jelirkan lidah berdasarkan ajaran Prof. Sir Tap Hatemanak.

     “Kenapa you buat macam tu?” soal Katakie.

     “You kata you kacak. So, i buatlah macam tu.”

     Masa terus berlalu. Katakie terus melompat-lompat untuk bersiar-siar sebelum menunggu keesokan harinya. Tambahan pula, hanya dengan melompat Katakie mampu membesarkan otot lengannya untuk mengekalkan keseksiannya. Itu hanya kata Katakie.

     Dalam masa yang sama, Frogy si katak jelita tadi pulang ke sarang dan menemui beberapa ekor katak jelita. Frogy terus berbicara, “Oonnngggg.. gedekgedek.. Oonnngggg.. gedekgedek..”

     “Apa cerita?” Abang Frogy, Frokata mula bersoal.

     Semua katak-katak yang lain hanya diam mendengar. Frokata adalah ketua gangster dalam kalangan katak. Lidahnya mampu meninggalkan kesan parut jika dilibas ke tubuh katak yang membuatkan dia tidak berpuas hati.

     “Saya dah berjaya umpan dia. Esok pagi kami akan berjumpa,” ujar Frogy.

     “Hahahaha.. Bagus. Macam inilah adik aku,” balas Frokata.

     Frokata menarik nafas sedalam-dalamnya sehingga dadanya mengembung besar. Katak-katak yang lain tersenyum. Mereka tahu sekiranya Frokata berbuat demikian maka mereka akan akan kerja ‘menarik’ untuk dibuat.

     “Dengar sini. Frogy, abang nak kau berpura-pura tak kenal kami. Nanti kami akan datang dan kononnya cuba mengapa-apakan kau. Bila dia dah mula tunjuk lagak nak selamatkan kau, abang akan buat pertaruhan. Abang nak tebus balik maruah kakak kau 2 minggu lepas. Hanya kerana kecewa dengan Katakie si jantan kaki betina, kakak kau mati membunuh diri.”

    “Baik, abang. Kita kena tebus nama maruah kakak. Aku pun tak nak akan ada katak betina lain akan mengalami nasib yang serupa dengan kakak,” ujar Frogy.

     “Katak-katak, persiapkan diri kau semua. Esok pagi kita mulakan projek!!!!” laung Frokata dengan penuh dendam.

     Bunyi unggas memecah kesunyian pagi. Seekor kumbang kecil terbang berhampiran Katakie. Liar mata Katakie mengekori arah terbangnya kumbang kecil itu dan “Ngappp!!” Kumbang kecil itu terus terperangkap di dalam perut Katakie. Katakie memandang kedudukan matahari.

     “Dah 15 minit. Mana dia ni tak sampai-sampai lagi,” keluh Katakie.

     “Oonnngggg.. gedekgedek..”

    Katakie segera menoleh ke kiri. Satu senyuman yang dia rasa menggoda dilemparkan kepada Frogy. Matanya dikenyitkan sebelah.

     “You dah lama tunggu ke?” soal Frogy.

     “Tak lah. Jom kita lompat-lompat,” ajak Katakie.

     Tiba-tiba, Frokata datang, “Wah, cantiknya katak betina ni. Kawan-kawan, kau tengok kulitnya. Mari kita kacau.”

    Seperti yang dijangka, Katakie terus bersuara, “Kau semua ni siapa? Ada hati nak kacau kekasih aku.”
Salah seekor katak jantan yang menjadi pengikut Frokata terus berbisik, “Bos, Katakie ni pantang dicabar. Apa kata bos cabar dia?”

     Frokata memandang tajam mata Katakie. Wajah Katakie yang bakal dimusnahkannya diamati dengan sepenuhnya.“Hmmm.. katak macam kau ni layak ke dapat katak betina macam dia tu?” soal Frokata sambil tersenyum sinis.

     “Mestilah aku layak,” balas Katakie dengan sombong.

     “Apa bukti yang menunjukkan kau layak miliki dia?”

     “Aku boleh buat apa sahaja untuk tunjukkan dia adalah milik aku.”

     “Baik. Kalau begitu, aku nak buat satu pertaruhan. Kalau kau menang, aku akui kau memang hebat dan aku tidak akan kacau kekasih kau.”

     “Permintaan senang. Jadi, apa yang kau nak aku lakukan?”

     “Aku nak kau berlumba melompat dengan anak buah aku dengan mata tertutup.”
Katakie terdiam sejenak.

“Kenapa? Kau takut?” soal Frokata yang cuba mengapi-apikan Katakie.

     “Siapa cakap aku takut?” Katakie menepuk-nepuk dadanya.

     “You, janganlah. Bahaya,” ujar Frogy yang berpura-pura risau akan Katakie.

      Katakie hanya memandang Frogy dan mengeyitkan mata.

    “Kau tengok jalan ni. Aku nak kau berdua berlumba melompat sampai ke hujung sana. Kalau kau menang, aku tawarkan diri aku jadi kuli kau,” Frokata semakin galak menaikkan darah muda Katakie.

    “Kita bermula dari sekarang!!!!” lafaz Frokata dengan nada yang bersemangat. Bersemangat untuk menanti kematian Katakie yang selama ini gemar merosakkan katak-katak betina yang lain.

Katakie melompat dengan sepenuh hati. Senyuman yang kononnya kacak sekali lagi terukir di bibirnya. Tidak lama kemudian, “Aiiiyakkkkk!!!”

     Katakie mati dipijak kereta kancil sewa. Maka berakhirlah riwayat Katakie di alam katak. Frokata melompat mendekati bangkai Katakie.

     “Segala yang berlaku adalah hukum karma. Hari lepas kau menyebabkan katak lain mati, hari ini adalah hari kau untuk mati dan aku dah bersedia jika esok aku pula ditakdirkan mati. Katak macam kau memang tak layak hidup. Kau dah banyak kecewakan dan merosakkan katak-katak betina yang lain. Kau terlalu berlagak sehingga memakan diri kau sendiri. Jangan fikir kau bagus kerana semua benda adalah tidak sempurna. Semoga kau berbahagia di alam roh katak.”

    Frokata dan pengikut-pengikutnya disertai Frogy terus melompat pergi jauh meninggalkan Katakie sendirian di jalanan.


KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA  – Lokman Hakiem 360 ®

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA