KE MANA ARAH TUJU ANDA?


Bak kata orang, “Hidup tanpa arah umpama kapal yang berlayar tiada bertujuan”. Ini perkara asas. Bak kata orang perempuan pula misalnya, nak pergi ‘shi-shi’ pun ada arah tujuannya. Ke mana arah tujuan ‘shi-shi’? Ke mana lagi kalau bukan ta’tan. Apa itu ta’tan? Ta’tan itu sebenarnya nama manja dan timangan yang Lokman Hakiem berikan kepada objek yang berbentuk tandas. Berbalik kepada rangkai kata arah hidup. Yang pasti, setiap daripada kita mempunyai arah hidup yang berbeza. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai kehendak yang tersendiri.

     Lihat gambar di atas. Masing-masing ada arah untuk dituju. Sama ada ke kiri atau ke hadapan, terserah kepada empunya diri tetapi jangan hanya berdiri di tengah-tengah dan memandang orang lain dengan statik kerana kita akan jauh ketinggalan dan tiada apa-apa cerita menarik yang dapat diceritakan kepada sesiapa pun.

     Cuba pandang sahabat-sahabat di sebelah anda. Sekiranya anda sedan membaca penulisan seorang diri, pandai-pandailah ‘usha’ sahabat sendiri tanpa mereka tahu. Bukan apa, takut tiba-tiba mereka bersuara, “Apa kono dongan ekau ni? Senggugot ko buasir pandang aku semacam?” Dah pandang? Bagus. Pembaca blog yang baik. Ikut arahan Lokman Hakiem. Hehe.. Jelas terpancar di wajah mereka, Lokman Hakiem dan juga anda bahawa kita ada matlamat dan impian kita sendiri dan hal inilah yang menggerakkan seluruh jasad, jiwa dan minda untuk mencari aluran cara untuk mendapatkannya.

     Lokman Hakiem ingin menggunakan satu pendekatan. Contohnya seperti Lokman Hakiem sendiri. Lokman Hakiem pernah mempunyai impian untuk berlakon dalam mana-mana produksi suatu masa dahulu. Macam-macam Lokman Hakiem cuba lakukan untuk menggapai impiannya. Lokman Hakiem pergi ke Kuala Lumpur untuk casting di bawah syarikat V&L Broadcast Talent dan Alhamdulillah Lokman Hakiem telah berjaya mendapatkan keinginannya. Antara drama TV pertama Lokman Hakiem yang sertai sebagai pelakon tambahan adalah drama slot Lestary TV3 Ana Lu’lu dan Impian Raya Emilyn di TV9. Merasa jugalah berada di set lokasi penggambaran.

     Banyak modal dan masa yang Lokman Hakiem gunakan untuk mencapai impiannya. Walaupun Lokman Hakiem belum mencapai tahap untuk melekatkan nama di bibir masyarakat tetapi Lokman Hakiem berpuas hati kerana dapat menimba pengalaman sebenar di lokasi penggambaran yang sebenar. Itu impian dan cerita arah hidup Lokman Hakiem. Bagaimana pula dengan anda?

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA Lokman Hakiem 360 ®



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA