CARA BARU DALAM PENDIDIKAN

video

Dalam penulisan kali ini, Lokman Hakiem dan sahabat berkongsi pendapat mengenai cara baru dalam pendidikan serta kesan positif dan negatifnya dalam bentuk format video yang mengandungi cerita pendek yang berkonsepkan ‘Lawak, Humor & Pendidikan’. Tambahan pula, video ini merupakan salah satu tugasan Lokman Hakiem dan sahabat dalam subjek TMX 1010 iaitu subjek mengenai komputer. Sebelum anda mungkin ketawa kecil atau mahu ketawa tetapi tidak menjadi melihat cerita pendek arahan Lokman Hakiem ini, Lokman Hakiem ingin membuat sedikit sinopsis tentang cara baru dalam pendidikan.

     Teknologi dan ICT dalam pendidikan memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia moden hari ini. Hal ini demikian kerana teknologi dan ICT bukan sahaja keperluan malah  merupakan kepentingan manusia sejagat dalam membawa transformasi diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara ke arah yang lebih tinggi.

     Ilmu adalah perkara yang perlu dituntut sehingga ke liang lahad. Oleh itu, ilmu perlu sentiasa dicari dan diberi. Pendekatan pencarian dan pemberian ilmu mengikut garis sejajaran waktu adalah berbeza.  Hal ini dapat dibuktikan melalui cerita turun-temurun dari mulut ke mulut pelbagai lapisan generasi. Pepatah, “dulu lain, sekarang lain” sering menjadi kata untuk menggambarkan perbezaan pandangan dan juga segala macam hal antara waktu dahulu dan waktu sekarang termasuk dalam sistem pendidikan.


http://www.youtube.com/watch?v=6-XrikI4BR0

KARYA & HAK MILIK TERPELIHARA ®



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ZON AKTIVITI @ PENDAKIAN GUNUNG GADING

DEKON : DEKLAMASI LAKON SEBUAH EVOLUSI

HILANGNYA DARA MALAM AMBANG MERDEKA