Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

ZON AKTIVITI @ LALUAN HUTAN ANNAH RAIS, SARAWAK

Imej
24 Disember 2011 merupakan satu tarikh telah melakarkan satu lagi cerita buat Lokman Hakiem. Pada tarikh ini, Lokman Hakiem dan rakan-rakan seuniversitinya telah mengikuti satu aktiviti di bawah anjuran Pembimbing Rakan Sisiwa UNIMAS. Aktiviti yang dianjurkan merupakan aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti lasak iaitu ‘Aktiviti Merentas Laluan Hutan Annah Rais’ di negeri bumi kenyalang Sarawak.
     Lokman Hakiem dan rakan-rakan seuniversitinya bertolak dari UNIMAS pada jam kira-kira 7.30 pagi dan mereka tiba di pintu masuk utama Annah Rais sekitar jam 8.45 pagi. Setibanya mereka di sana, mereka disambut mesra oleh beberapa oleh pemandu arah tempatan yang ditempah khas untuk mengiringi semua pelajar UNIMAS sepanjang menjalani aktiviti ini dari mula hinggalah ke akhirnya.
     Jadi, di ruangan blog ‘Luq Ada Cerita’ kali ini, Lokman Hakiem ingin berkongsi serba sedikit tentang paparan lokasi di laluan hutan Annah Rais.

http://www.youtube.com/watch?v=M-qbwYp4CEU&feature=…

LAMARAN TERINDAH

Cinta selepas kahwin? Adakah perkara ini masih wujud di zaman moden ini? Mungkin ramai di antara kita menganggapnya sesuatu yang mustahil kerana cara kita hari ini termasuk saya adalah kita berkenalan dahulu baru bercinta dan seterusnya baru berkahwin. Walau bagaimanapun, dalam minggu ini saya ditemukan oleh rakan saya di Youtube tentang satu video yang paling menarik. Video asal yang bertajuk 'I've been proposed' yang ada di dalam video ini pastinya telah menyentuh hati kebanyakan pasangan bercinta di Malaysia. Selamat mengikuti video ini. :-)
http://www.youtube.com/watch?v=DQZlTeYSr7Y

KE MANA ARAH TUJU ANDA?

Imej
Bak kata orang, “Hidup tanpa arah umpama kapal yang berlayar tiada bertujuan”. Ini perkara asas. Bak kata orang perempuan pula misalnya, nak pergi ‘shi-shi’ pun ada arah tujuannya. Ke mana arah tujuan ‘shi-shi’? Ke mana lagi kalau bukan ta’tan. Apa itu ta’tan? Ta’tan itu sebenarnya nama manja dan timangan yang Lokman Hakiem berikan kepada objek yang berbentuk tandas. Berbalik kepada rangkai kata arah hidup. Yang pasti, setiap daripada kita mempunyai arah hidup yang berbeza. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai kehendak yang tersendiri.
     Lihat gambar di atas. Masing-masing ada arah untuk dituju. Sama ada ke kiri atau ke hadapan, terserah kepada empunya diri tetapi jangan hanya berdiri di tengah-tengah dan memandang orang lain dengan statik kerana kita akan jauh ketinggalan dan tiada apa-apa cerita menarik yang dapat diceritakan kepada sesiapa pun.
     Cuba pandang sahabat-sahabat di sebelah anda. Sekiranya anda sedan membaca penulisan seorang diri, pandai-pandailah ‘usha’ sahab…

CARA BARU DALAM PENDIDIKAN

Dalam penulisan kali ini, Lokman Hakiem dan sahabat berkongsi pendapat mengenai cara baru dalam pendidikan serta kesan positif dan negatifnya dalam bentuk format video yang mengandungi cerita pendek yang berkonsepkan ‘Lawak, Humor & Pendidikan’. Tambahan pula, video ini merupakan salah satu tugasan Lokman Hakiem dan sahabat dalam subjek TMX 1010 iaitu subjek mengenai komputer. Sebelum anda mungkin ketawa kecil atau mahu ketawa tetapi tidak menjadi melihat cerita pendek arahan Lokman Hakiem ini, Lokman Hakiem ingin membuat sedikit sinopsis tentang cara baru dalam pendidikan.
     Teknologi dan ICT dalam pendidikan memang tidak dapat dipisahkan dalam dunia moden hari ini. Hal ini demikian kerana teknologi dan ICT bukan sahaja keperluan malah  merupakan kepentingan manusia sejagat dalam membawa transformasi diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan juga negara ke arah yang lebih tinggi.
     Ilmu adalah perkara yang perlu dituntut sehingga ke liang lahad. Oleh itu, ilmu perlu senti…

JANGAN BERGERAK. ANDA SEMUA DITAHAN!

Imej
(Cerita Ini Adalah Rekaan Semata-mata)
Suasana Kampung Bako tiba-tiba kecoh dengan kehadiran 5 orang ahli kongsi gelap Harimau Merah Jambu Yang Seksi. Pasukan polis khas daripada Gerakan Elit Perisik Muda telah diarah untuk membuat siasatan demi mencari bukti yang kukuh sebelum bertindak. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan nama baik pasukan polis tercalar jika tersalah membuat tangkapan.
      Ada khabar angin daripada penduduk kampung menyatakan bahawa tujuan utama mereka ke situ untuk memaksa setiap penduduk kampung menampal poster Sharifah Aini dan Hamid Gurka di setiap dinding rumah mereka. Tambah penduduk kampung lagi, sekiranya penduduk kampung gagal berbuat seperti menurut kehendak mereka, nyawa hasil ternakan mereka seperti ayam dan itik akan berada dalam bahaya.
     Setelah 5 hari Koperal Cicie iaitu AJK tertinggi pengurusan makanan dalam pasukan polis khas daripada Gerakan Elit Perisik Muda membuat siasatan di Kampung Bako dengan menyamar menjadi tangga rumah ketua kam…

MATI KATAK

Imej
“Namaku Katakie. Seekor katak yang hebat melompat. Tiada katak yang lain pun mampu menandingi aku,” bisik Katakie sambil melompat-lompat.
     “Katakie!” jerit seekor katak betina.
     Katakie yang turut dikenali sebagai kaki betina segera mendekati katak betina jelita yang bernama Frogy. Katakie sering merasakan bahawa dia adalah katak yang paling kacak. Kalah wajah artis manusia iaitu Jalaluddin Hassan.
     “Ya, sayang. Ada apa-apa you panggil i ni?”
     “I nak ajak youdatinglah. Boleh?”
     “Boleh, tak ada masalah. Bila tu sayang?”
     “Esok pagi?”
     “Esok pagi? Ok. Jadi, you nak i pakai macammana?”
     “You, kitakan katak. Eveni jelita and you kacak sekali pun, kita mana boleh dress up macam Kilafairy and Fahrin Ahmad. Lagi pun, dalam dunia katak, mana ada baju.”
     “Opss.. Maaf. Kadang-kadang i terasa i dah macam Remy Ishak. Maklumlah, i kan kacak.” Frogy Si katak betina tadi terus membuat gaya meletakkan tangan di bahu, julingkan mata ke atas dan jelirkan lidah berdasarkan ajar…

ZON AKTIVITI @ PILIH KASIH 3

Imej
0769 dan 0770 merupakan angka giliran rakan saya yang membawa Skrip Adnan Semp-it. Saya pula kena giliran 0771 dan saya dipasangankan dengan seorang peserta perempuan yang bernombor 0772. Nasiblah. Skrip yang saya dan dia bawa adalah mengenai si perempuan mengajak si lelaki untuk berkahwin namun si lelaki seolah-olah cuba mengelak daripada untuk berkahwin. Tak pasal-pasal kena berlakon kahwin. Ketika saya sedang membaca skrip yang diberikan oleh pihak penganjur, tiba-tiba saya teringat kepada si dia iaitu Cik Sofia (kekasih sayalah!). Harap-harap cerita dalam skrip ini tidak berlaku kepada kami. Takut.
Peserta 0771 : Lokman Hakiem
     Pencarian pelakon untuk program realti Pilih Kasih 3 telah berlangsung di The Spring, Kuching, Sarawak baru-baru ini. Saya dan rakan daripada unit Drama dan Teater Badan Budaya UNIMAS ada turut menyertai pertandingan ini atas alasan suka-suka dan ingin mendapat penilaian sebenar daripada juri profesional sama ada saya benar-benar berkebolehan untuk …

30 PANGGILAN TIDAK DIJAWAB

Di suatu pagi, telinga Lokman Hakiem perlahan-lahan  menyambar lagu Bittersweet - Kucing Hitam yang menjadi bunyi deringan telefon bimbit Lokman Hakiem. Nadi Lokman Hakiem juga dapat merasai keghairahan mod getarannya yang tak henti-henti ber’BIZZZZZZZZZ- BIZZZZZZZZZ’ cuba mengejutkan Lokman Hakiem.
     Tidak lama kemudian, entah bagaimana Lokman Hakiem boleh mula tergerak nalurinya untuk membuka mata.  Perlahan-lahan mata dibuka dengan penuh gaya wajah yang tiada perasaan sewaktu bangun dari  tidur. Hembusan nafas segar pertama mula bertebaran. Cicak di dinding hanya memandang Lokman Hakiem dengan penuh rasa terharu tanpa sebab. Tanpa berlengah lagi, cicak tersebut terus berkata, “Chutt..chutt..chutt..” yang membawa maksud dalam bahasa manusia, “Lokman Hakiem umpama Aaron Aziz sewaktu berusia 20 tahun.”
     Lokman Hakiem terus meraba-raba mencari lokasi telefon bimbitnya dengan penuh keikhlasan walaupun bibirnya masih belum mampu menguntum senyuman di pagi hari. Sebaik sahaja ta…

TIBA-TIBA AKU DIAM TERFIKIR KENAPA?

(Bahagian Satu)
Pada satu malam di bulan ini, terlintas tentang sesuatu perkara secara tiba-tiba di minda yang saya fikir amat memberi KESAN dalam masyarakat kita. Penulisan saya kali ini lebih memfokuskan kepada golongan MELAYU dan beragama ISLAM. Ya, anda. Jangan pandang sahabat di sebelah atau di belakang. Saya sedang fokus kepada anda yang sedang membaca penulisan ini kerana saya tahu anda adalah salah seorang yang akan membawa perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. Saya nak ajak anda berdialog. Mari :
Lokman Hakiem : Negara Malaysia dikenali sebagai sebuah negara
ISLAM. Benar?
Saya                   : Ya, perlembagaan persekutuan yang mengesahkannya.
Lokman Hakiem : Baik. Kiranya majoriti penduduk Malaysia ni beragama
ISLAM?
Saya                   : Hok alllooooooh.. Mestilah ISLAM. Kenapa tanya
                            macam tu?
Lokman Hakiem : Boleh tak nyatakan satu perkara wajib dalam
ISLAM?
Saya                   : Perkara wajib? Sonang jo tu. SOLAT 5 waktu sehari
  …