Catatan

Si iblis dan guli celakanya

'Si Iblis dan guli celakanya' Karya : Akyem Samad
Hujan masih renyai-renyai membasahi bumi. Jam pula semakin hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Belum sempat Razli memenjamkan matanya, bunyi lantunan guli tiba-tiba menerjah telinganya.
“Adik, janganlah main guli malam-malam. Tahulah abang baru beli congkak plastik dekat Mydin tadi. Esok-esok pun boleh main. Urghh..!!” jerit Razli dari dalam biliknya.
Entah mengapa malam itu, seakan dia sukar tidur. Dicapainya telefon bimbit Nokia 3310 X-Perment, dia membelek-belek Facebook mencari bahan untuk menambahkan kelat mata.
Sambil menguap, ibu jarinya terus menolak skrin telefonnya ke atas ke bawah dan pergerakan ibu jarinya terhenti pada satu post popular yang dikongsi oleh rakan-rakan Facebooknya, Fiksyen Shasha.
Kisah yang terpampang pada perkongsian itu adalah mengenai gangguan makhluk halus di sebuah rumah pusaka. Dikatakan, makhluk halus itu mengganas kerana tuannya enggan melepaskannya.
“Pelik, biasanya bukan ke hantu mengganas…

Projek Indie : Malam Merdeka Bawah Tanah

Imej
Kuala Lumpur 25 Julai - Persatuan Aktivis Seni Indie Malaysia (PASIM) berhasrat untuk menjalankan projek Malam Merdeka Bawah Tanah tahun ini di Dataran Underground, Dataran Merdeka jika kerjasama dan kesudian daripada semua pihak yang dirancang berhasil.

Presiden PASIM merangkap pengarah EL Hesh Indie Moving Production berkata, kertas kerja telah dihantar kepada tiga kementerian, empat jabatan, badan-badan pertubuhan serta syarikat pengurusan acara tempatan.

"Kami masih lagi dalam pelaksanaan usaha akhir iaitu menetapkan anggaran bajet sebenar berserta program yang bakal dianjurkan secara bersama.

"Segala maklumat rasmi berkenaan projek indie ini akan dihebahkan seawal Ogos hadapan  di laman sosial rasmi kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pawang Tok Assan

Bahagian 1 :

Petang itu, unggas bagaikan bisu. Dedaunan hijau melambai lemah walau angin kejam datang menyapa. Di jalan kampung yang berturap, hanya kedengaran langkah tapak kasutku yang berlaga dengan jalan. Sangat perlahan aku berjalan. Bayangan-bayangan memori menerpa ke akal fikirku. Aku senyum. Dan ada yang aku mengeluh. Aku terus melangkah, masih perlahan dengan langkah yang cuba menghirup kembali udara kampung. Sudah 5 tahun aku tinggalkan Kampung Sungai Batu ini. Rutin anak kampung yang menginjak dewasa.

Aku ke kota bersama sebuah impian. Impian yang mungkin digelakkan orang, impian yang mungkin dipuja orang, dan impian yang mungkin dikatakan oleh orang, "Itu tiada masa hadapan." Aku lepaskan rasa-rasa itu ke belakang. Bukan caraku menyimpan ayat-ayat yang tidak penting ke telinga. Biarkan.

Sampai di sebuah persimpangan, "Akyem Samad..!!" Ada suara yang menyapaku girang. Bunyinya seperti rindu tetapi yang malangnya, suara yang menyapa itu suara lelaki. Aduh. …

Bukan Tentang Manusia

Imej
Dulu, aku sekadar sebilah pisau yang suci, tersarung indah dalam pakaian yang istimewa namun aku sekadar kaku tanpa gerakan umpama bahan pameran. 18 April, tarikh itu membawa aku ke sebuah perjalanan yang tidak pernah aku terfikir. Aku didatangi seorang lelaki bernama Vito. Gayanya kasar. Dia menggenggam, mengamati dan membelai jasad besi ini lalu aku dibawa pergi. Di saat itu, aku bagai mula merasakan awan-awan hitam di langit seolah-olah mengekori dan memandang tajam ke arah aku. Dan firasat itu benar.

Malam itu, aku menemani Vito ke suatu kawasan. Aku melihat Vito berkelahi dengan seseorang dalam bahasa manusia yang tidak ku fahami. Semakin lama, suara mereka semakin lantang dan semakin lantang dan tiba-tiba ..... entah bagaimana jasadku terbenam di tubuh lelaki di hadapan Vito.

Aku tidak tahu apakah yang sedang berlaku? Tetapi yang pasti, itulah kali pertama aku mulai merasi darah. Vito mencampak aku ke suatu sudut. Mengapa Vito? Aku lihat Vito berlalu pergi.

Jasadku yang terdamp…